6 Jul 2017

PELAJAR PUN DAH PANDAI CARI SIDE INCOME


Assalamualaikum~

Hari ni nak share kisah seorang pelajar ni. Nama glamour kakros.

Kakros ni student lagi. Tapi memang minat bisnes dari kecik.

Baru je join bisnes shaklee February 2017. Tapi dah dapat bonus 4 angka setiap bulan!

Memang hebat! Akhir tahun ni katenye nak beli kereta dengan duit bonus shaklee.

Aku dulu beli kereta guna skim ijazah dek ๐Ÿ˜‚. Lepas tu sibuk duk bencinta jek.hahahahhaa (gelakkan diri sendiri)

Merana nak habis bayar loan kereta 10 tahun. Lagi 4 tahun nak settle ๐Ÿ˜œ

Haa..yang masih study tu tak salah kalau nak cari side income. Boleh buat tampung belanja harian. Takyah minta dengan mak ayah dah lepas ni.

Nak jadi macam kakros?
Jom mulakan dengan BISNES SHAKLEE sekarang๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Your Bisnes Partner,
Cikjang 014-5409188
ID:1253597
theprosperousteam

#BISNESWITHSHAKLEE #RICHYOUNGGROUP #RYG #WONDER&GREAT #W&G 

PROUDMOMBEAUTY

Assalamualaikum w.b.t~

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!hehe...sakan raya sampai lupa nak jenguk belog.

Pagi ni nak share pasal bisnes yang aku buat. Nak cari side income lebih sikit (^_^)

BISNES SHAKLEE

Jemput singgah dan follow ig:


 InshaAllah,
BEST PRICE & FREE CONSULTATION!

Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor (SID)

cikjang
ID: 1253597 

#sayamakansayajual


21 Jun 2017

SALAH JAWAB

Assalamualaikum~

Dear Myself,

Ya Allah...stress sangat hari ni. Baru tersedar yang aku dah salah jawab soalan ujian bertulis tu. Sungguh, aku tak terfikir pun apa beza field dan subfield tu. Main jawab je.
(T_T)

Allah...Allah...back to Allah.

20 Jun 2017

PRODUCT REVIEW : BOTANECO GARDEN TRIO OIL BODY WASH AND SHAMPOO

Assalamualaikum~
Lambatnya nak masuk waktu berbuka...hehe. Panas amat kat Bukit Khor ni. Terjumpa entry ni dalam draft. So, nak cerita sikit pasal produk Botaneco Garden


Ni Trio Oil untuk shampoo & body wash, pilih je mana yang berkenan


First time jatuh cinta dengan body wash ni masa bulan Mac haritu. Saja jalan-jalan masuk Guardian, niat nak cari wet tissue je. Sampai je kat kaunter nak bayar, kakak cashier cakap ada promosi, beli 1 botol, dapat harga less untuk botol yang ke-2. Aku jenis pantang dengar perkataan:

PROMOSI!!!

Terus tak fikir panjang, beli jerrr..haha. Alang-alang shower gel kat rumah pun dah habis. Sekali pandang nampak menarik je kan botol die, hijauuu...dan organik gitew.

Balik je terus sentall kat badan.
Perghhh...

Memang best! 
Banyak buih! 
Bau Wangi!

Aku guna haritu boleh tahan 2 bulan untuk 1 botol. Memang tak share dengan bangzam. Hahaha..Adam & Adhwa nak usik pun aku tak bagi. Sayang wehhh...

Baru-baru ni aku try Trio Oil Shampoo for Hair Fall Control dan Trio Oil Body Wash Whitening pulak. Biasalah, dah jadi mak-mak ni rambut selalu kena tarik dek anak-anak.

Syampu die pun best!Rasa macam duk kat spa dah...tenang je. 

Except bunyi ketukan bertubi-tubi  kat pintu bilik air oleh Adam dan Adhwa. Ibu is redho...dah lali..pantang masuk bilik air..mula la cari..Ibu..Ibu...Time bangzam duk bilik air xde pulak diorang nak kacau.
(T_T)

Yang body wash tu paling best sebab macam scrub! Ada biji-biji apricot. Sekali sental, hilang terus segala daki!Hahaha..

Ni yang aku guna sekarang
Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Oilive Oil pun ada. Boleh pilih nak jenis mana. Takde paksaan. Dua-dua jenis pun best..just aku rasa yang argan oil  ni kurang buih sikit...sikit jela..tapi best jugak.

Ni Argan & Olive Oil
Kalau korang nak cuba, boleh dapatkan produk ni kat mana-mana Guardian. Tapi aku tak pasti la sesuai ke tidak untuk korang ye. Aku guna okay je...besttt!=)

Thanks sudi baca, bye~

14 Jun 2017

RESEPI : CENDAWAN ENOKI GORENG


Assalamualaikum w.b.t~ 

Semalam terbaca post kat blog member pasal cendawan enoki goreng. Nampak mengiurkan...hehe. Alang-alang ada cendawan enoki sebungkus dalam peti ais yang dah berzaman beli (xde la lama sangat, sebelum puasa), try buat petang semalam untuk berbuka.

Perghhhhh!!! 
Memang senang, cepat dan sedap~
(^_^)

Bangzam request buat lagi hari ni.
(T_T)

Nak resepi boleh klik tuan punya blog kat bawah ni:


Resepi sama je, just aku TAK letak blackpepper & GANTI serbuk pati ayam dengan secukup rasa (secubit). Sebab aku guna Tepung Goreng Serbaguna Bestari yang pedas.

Selamat Mencuba Semua!!! Salam Ramadhan-19. Moga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah. Ameen~

RESEPI : PUDING TRAFFIC LIGHT a.k.a TRIFLE


Assalamualaikum~

Niat asal nak buat puding trifle. Tapi nampak macam traffic light je. Salahkan bangzam sebab beli swiss roll perisa pandan. Nampak tak ceria disitu. Kalau perisa coklat nampak meriah sikit kan?

Takpe, rupa nombor dua. Asal rasa sedap. Bangzam request nak makan puding trifle. Asyik duk puji puding trifle yang dia beli kat bazar minggu lepas tu sedap. Aku jenis bini yang pemalas. Tapi pantang dicabar. Terus masuk dapur berperang sambil layan lagu korea =)

Bahan bahan:

1 pek swiss roll (tak kisah perisa apapun)

1 kotak jelly jenama Nona (tak kisah brand or perisa apapun)
1 tin buah-buahan dalam tin
1 tin susu cair
1 tin air

3 sudu besar gula
4 sudu besar kastard

Cara cara:


1-Potong swiss roll dan susun dalam bekas/cawan comel2

2-Renjiskan sedikit air buah-buahan dalam tin tu ke atas susan swiss roll tadi

3-Masukkan 1 tin susu cair + 1 tin air (guna sukatan tin susu tadi) + 3 sudu gula + 4  sudu tepung kastard + secubit garam. Kacau sebati sebelum panaskan ke atas dapur dengan api yang perlahan. Kena rajin kacau, untuk elak kastard jadi ketul-ketul. Agak-agak naik bubble sikit, terus tutup api dan biarkan ke tepi.

4-Masukkan 1 pek jelly + 400ml air dan kacau dengan api yang perlahan. Agak-agak pekat sikit, boleh angkat letak tepi.

5-Masukkan adunan kastard tadi ke atas susunan swiss roll dan tambah buah-buahan dalam tin . Buat layer cantik-cantik. 

6-Last sekali, tuangkan jelly tadi sehingga menutupi layer buah-buahan tadi.

7-Biar sejuk sekejap kt suhu bilik, lepas tu letak dalam peti ais.


Selamat Mencuba! Makan buat berbuka petang nanti pun sedappp..sejukkk je =)

12 Jun 2017

RESEPI KEK PISANG CONFIRM JADI feat ESP


Assalamualaikum~

Korang buat kuih apa hari ni untuk berbuka?
Ke kuih tunjuk je?hehe
Kalau tak tahu nak buat kuih apa. Boleh try resepi kek pisang confirm jadiii ni.

Resepi:

4 pisang berangan
1 cup brown sugar
1 cup melted butter/corn oil
3 biji telur
1 tsp esp
***blend 5 minit***

2 cup tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
**ayak elok**

Campur bahan ayak ke dalam bahan blend. Kacau sebati.

Bakar 1 jam. Suhu 170-180c. Agak-agak masak tu boleh turn off la kan. ikut oven masing-masing.

Garnish dengan ESP gantikan gula icing.

Selamat Mencuba!

Eh! Takde ESP??? No worries! Meh order dengan saya.

Love,
cikjang
014-5409188 (SID)

6 Jun 2017

HIDUP & HATI


Assalamualaikum~

Ramadhan ke-11. Kejap je masa berlalu, dah 1/3 Ramadhan. Moga amal ibadah kita diterima Allah s.w.t. Ameen.

Just nak sembang pagi.Pasal hidup dan hati.

Dalam HIDUP, antara perkara yang kena jaga ialah HATI.

Tak boleh sombong.

Tak boleh cepat sentap. 

Tak boleh merendah orang lain.

Always be POSITIVE!

Terima pendapat, komen or kritikan orang lain dengan hati terbuka. 

Jangan lawan. Cool je.

Sama juga kalau buat bisnes.

Secara fizikannya kita berniaga dan berurusan dengan manusia.

Tetapi realitinya, orang bisnes100% hubungannya kena TERUS dengan ALLAH.

Jaga hubungan dengan ALLAH. Hubungan sesama manusia pun akan terjaga.

Usah berputus asa.

Teruskan usaha.

Inshaallah, kejayaan milik kita! 
 
Bye~

5 Jun 2017

IMPIAN BIAR SETINGGI GUNUNG EVEREST

Assalamualaikum w.b.t~


Terima kasih kepada sahabat fb.

Sebab sudi sharing pasal saving semalam.

Antara saving DUIT atau EMAS

Lebih tepat gold bar. 


Nak kata gaji besar tu tak la besar mana. Cukup-cukup makan je.

Tapi usaha nak cari duit lebih tu ada. Bisnes shaklee.

Lepas ni nak istiqomah saving gold bar dengan bonus shaklee.

Inshaallah. Moga dipermudahkan.

Harap sale bisnes shaklee saya makin hari makin lajuuu.

Biar cincin emas kurang di jari, asal ada aset di kemudian hari.

Ameen
(^_^)

26 Mar 2017

KISAH ADHWA DAN TANDAS


Assalamualaikum w.b.t~

Lupa nak share entry ni. Sekarang Adhwa dah 3 tahun 1 bulan. Dah tak pakai diapers siang atau malam. Jimat!hehe

Tapi, just nak up sini jugak untuk future reference =)


Selamat pagi! Moga Allah S.W.T memudahkan segala urusan kita pada hari ini. Hari ini aku nak share pengalaman "potty train" Adhwa. Adam dah lulus dengan cemerlang masa umur 3 tahun. Adam dah 5 tahun, dia dah boleh berdikari..just kena make sure dia cuci betol-betol je sebab aku still was-was nak biar dia cuci sendiri.

Malam tadi Adhwa ugut nak membuang atas katil! Korang rasa?kelam kabut aku dibuatnya..haha. Al-kisahnya dah nak cukup sebulan aku potty train si Adhwa ni. Alhamdulillah, setakat ni okay lagi sebab tak ada kes "besar", setakat buang air kecil tak sempat nak bagi tahu tu aku dah kalih.

Adhwa dah 2 tahun 10 bulan, kalau ikutkan agak lambat la aku train dia if nak compare dengan orang lain. Ada yang dah train anak diorang masa umur 1 tahun lebih, tu aku respect!hehe. Same kes dengan Adam dulu..umur nak masuk 3 tahun baru lulus potty train.

Okay, korang boleh tahu bila anak-anak korang dah bersedia atau tidak. 

Contoh:

1-Anak korang dah boleh bagi tahu yang diorang nak terkencing-maknanya dorang dah boleh rasa "perasaan" itu

ATAU

2-Anak korang dengan sendirinya nak kencing dalam tandas walaupun dia dah pakai diapers.

Pendek kata, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk potty train!!yeayy~~

For Adhwa, he willing to use toilet after my sister-in-law said:

"ee..dekwa kan dah besar, kenapa pakai pampers lagi"
"baby mak ngah je boleh pakai sebab kecik lagi"

Adhwa be like shy-shy je. But trust me not, after that Adhwa will inform me if he want to pee and I cepat-cepat bawa ke toilet. So, from that moment..I slowly teach him.

1) Lihat dan Belajar
Bagi yang bergelar mak-mak, korang mesti dah biase if anak-anak ketuk pintu bilik air time ko tengah syok mandi or membuang, lepas tu anak-anak cakap nak join mandi sekali...sudahhhh,rasa nak marah pun ada kan? Sebab time husband korang, takde pulak diorang nak kacau kan? So, let them learn from observation. Tapiii..aurat still perlu jaga even depan anak-anak hokay?hehe

2) Beli Alat Bantu
Boleh belikan anak-anak pelapik tandas yang comel-comel untuk menarik minat diorang. Aku beli kat Mr. DIY je time nak potty train Adam, tapi just guna sekejap...sebab Adam lebih prefer guna tandas cangkung. Adhwa memang tak guna langsung, even try letak atas tandas duduk tu pun..tak kan keluar "hajat"..haha, diorang lebih selesa guna tandas cangkung.

3) Jangan Cepat Nak Marah
Jangan terlalu memaksa. Make sure selalu tanya "adik nak kencing ke" dan jangan marah if mereka terbabas terkencing dalam seluar. Just relex and take a depth breath..and pergi ambil mop lap..haha, dan cakap dengan diorang macam ni:

 "takpe,ibu tak marah pun" 
 "kenapa adik kecing tak bagi tahu ibu" 
"nanti nak kencing lagi bagitahu ibu taw"

So, kompem anak-anak akan tersengeh je and janji nak guna tandas..just be a cool mom!

4) Beri Hadiah 
Yang paling best boleh belikan diorang underwear yang comel-comel. Contoh kalau anak korang minat cartoon, beli la underwear yang ada gambar cartoon. If minat haiwan,carik jugak at least 1 helai pun jadi yang menepati citarasa mereka.

5) Set Masa/ Jadual
Aku tak buat jadual pun, just mula-mula memang akan kerap tanya 

 "adik nak kencing ke?" 

Sampai kadang-kadang Adhwa rasa stress dan nak marah..hehe, sebab dia tak nak kencing pun time aku duk tanya-tanya tu. Aku dua-dua anak lelaki, so kalau anak lelaki ni aku perasan bila diorang duk pegang-pegang bird2 tu kompem nak kencing la tuuu..kadang diorang tak biasa sebab rasa "bebas" kot tak pakai diapers.

6) Temankan Anak-Anak
Dua-dua takut jatuh dalam lubang tandas,haha..memang lawak. Baik Adam mahupun Adhwa, dua-dua suruh ibu teman dan pegang tangan tiap kali nk membuang. Ibu pun hadap jela..bau yang best tu sekali sampai diorang sudah.

Kalau betol-betol istiqomah nak ajar anak untuk potty train, Inshaallah..tak sampai sebulan pun akan berjaya. Izinkan aku share pengalaman yang tak seberapa ni, baru anak 2. Kalu korang rasa nak ikut, ikut la..masing-masing ada cara tersendiri kan? 

Thank you sudi jenguk sini taw. Bye~

20 Mar 2017

MAT SIPUT

Assalamualaikum w.b.t~

Throwback cerita hari jumaat baru ni (weekend for orang ganu/pantai timur)


"arini cuti ke bu?"

"ye...cuti"

Sengeh je manjang bila cuti...sebab ibu tak hantar ke rumah babysitter.Tapi bila ibu cakap ibu kerja, maka drama air mata akan bermula..yang paling tak best adalah Adhwa akan bergayut kat kaki ibu sampai sudahhh!hahaha

Nak belit shawl pun serabut..hehe, senget-benget jadinya!

Adam dah cool sikit sebab dah besar, 5 tahun dan sekolah pun sampai pukul 12.30pm je. Lepas tu..toki ambil dan bawa balik rumah tok dan toki, boleh main-main or ikut gi kebun (hitam legam dah anak ibu) T_T. 

So, pagi jumaat baru ni dua-dua bangun awal. Sebab TV kat rumah dah 2 minggu rosak! (nanti aku update kat sini pasal tv tu). So, masing-masing tidur awal dan bangun awal..ermm, bagus jugak sebenarnya kan?

Tengah duk syok kacau mee goreng, Adam dan Adhwa datang berlari-lari sambil bawa sesuatu kat tangan masing-masing.

"ibu, cer buka...abang nak main"

"dekwa pun nak main gop"

Dalam hati:

"Ehh..jumpa pulak playdoh ni, kemain ibu simpan" 

"aishhh..nak bagi main ke tak?"

Sebab bangzam memang tak gemar kalau budak-budak ni main playdoh..nanti melekat kat lantai.

"Okay-okay, jap lagi kite main same2 ye"

Ahhh..sudah,huhu...biarlah..hari cuti je boleh spend time dengan anak-anak kan? Rumah kotor or sepah, boleh kemas balik..hehe. So, ni aktiviti kami 3 beranak.

COMEL TAK???

4 ekor siput & sejambak bunga ros

Mat siput
Adam suruh ibu buat ikan paus..ermm..ke ikan jerung ni?
Playdoh ni bagus untuk anak-anak supaya be creative and easy to shape. Tapi rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 1 atau 2 tahun..sebab warnanya amat menarik perhatian..bau pun boleh tahan wangi..sekali pandang rasa macam nak makan jek!hehe



Itu je...just nak share aktiviti kami waktu cuti. Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti yang best boleh kita buat kat rumah dengan anak-anak, tak perlu pergi jauh-jauh pun..bercuti kat rumah je pun boleh jadi bestttt..if pandai luangkan masa dengan anak-anak.

Moh sama-sama jadikan waktu cuti sekolah ni sebagai peluang untuk kita lebih kenal anak-anak kita. Yela kan, kalau hari kerja, turun pagi..petang or malam baru balik. Itu pun kalau anak-anak belum tidur..kalau dah tidur??

Okay, thanks sudi singgah kat my belog!

19 Mar 2017

MY BIG WHY

Assalamualaikum w.b.t~

Dulu dah insaf nak update belog tiap-tiap hari,kiki. Tapi takkk jadi jugak..haha. 

If korang ada follow fb or ig aku, mesti korang tahu yang aku sekarang dah berjinak-jinak dengan bisnes shaklee

To tell you the truth,

AKU MALUUUUUUUUUUUU! 

SEBAB?

Aku tak biasa nak jual-jual kat fb or ig ni..or even offline. 

Dulu pernah jual shawl..haha, tu pun sekerat jalan sebab tak sempat dan jahit sendiri.
(ehem..aku memang pandai menjahit..siki-sikit jela, ilmu turun-temurun daripada mok aku)

So, kenapa pilih nak bisnes shaklee?

Adam & Adhwa
~Aku nak berhenti kerja awal sebab nak jaga sendiri Adam & Adhwa 
~Nak tengok diorang membesar depan mata tiap-tiap hari
~Sedih tengok diorang tiap-tiap pagi nanges xnak gi rumah babysitter 

My family
~Nak cari side income untuk bantu bangzam a.k.a MR ALM 
~Nak bagi duit lebih kat mok & pok
~Nak tolong MIL & FIL hidup lebih sihat 
(My MIL sekarang bedridden because of stroke and FIL dah tak boleh jalan years ago because of diabetes)
~Pendek kata nak hidup senang dan dapat bantu ahli keluarga yang lain..Ameen.

Yakin dengan SHAKLEE
Aku dah lama consume shaklee, so yakin sikit nak promote sebab dah tahu kebaikannya untuk diri sendiri

2012-Lahirkan Adam ambil Set Berpantang Shaklee
2014-Pregnantkan Adhwa ambil Set Hamil & Set Berpantang Shaklee

Setakat ni tu je Big Why aku kenapa nak buat buat bisnes Shaklee, next time tambah lagi kalau ada yang terlupa..hehe

#bisneswithwng #retireyoungretirerich

TQ sudi baca..Bye~
*Pssst...kalau nak try consume supplement or any product of shaklee, boleh roger2 hokay!

26 Jan 2017

BolBBalgan4- 'Dream (๋“œ๋ฆผ)' (Hwarang: The Beginning OST)

Assalamualaikum w.b.t~

Asyik duk ulang lagu ni je kat opis!hehe..simpan kat sini sebab cerita Hwarang: The Beginning dah nak tamat (T_T)



*******************************************************
You’re so far away
So I couldn’t see you
I never had a dream before
Someone like you in front of me now
Don’t hurt me
And don’t come closed to me
My frozen heart
couldn’t be hold you
Flowers falling down
Covered black tears
and covered your red eyes
If I could turn back the time
I want to go back to the most beautiful moments
Like the wind that blows loudly
and the ordinary love
I kept my eyes closed
Nightmare as falling down into the deep sleep
If I erased you
Then it will be left with pain and many tears
We’re under the same sky
In the same time
How much tears
if I forget you?
I can’t stop
I can’t breathe
I want to love you
Like the wind that blows loudly
and the ordinary love
I kept my eyes closed
Nightmare as falling down into the deep sleep
If I erased you
Then it will be left with pain and many tears
In my frozen heart
it’s Only you
If I erased you
Then it will be left with pain and many tears



12 Jan 2017

Si Pemikir Pagi

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi dan moga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini, Ameen!



Rezeki
Kadang datang tanpa henti
Kadang ditunggu sampai ternanti-nanti
Jika usaha tanpa dengki
Pasti ia mencukupi

Jodoh
Usah ragu usah gundah
Yakin percaya terus nikah
Moga hati terus istiqamah
Gengam erat #tilljannah

Mati
Waktu itu sudah pasti
Rahsia sempurna janji ilahi
Teguhkan iman sucikan hati
Pasti tersenyum dijemput nanti


Syurga
Dambaan setiap sang jiwa
Indah tercipta menunggu masa
Neraka
Igauan ngeri sang jiwa lara
Moga terhindar dari semua

[Proudmom]

2 Jan 2017

33 Pesanan Untuk 2017-Wajib Baca!


 Assalamualaikum w.b.t~

Aku memang follow Dr Hamid Arshat, seorang doctor pakar O&G sebab banyak ilmu yang bermanfaat atau tips yang berguna. Hari ni nak share panduan yang dikongsi oleh beliau untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

Harap baca sampai habis walaupun semput nafas!hehe...dan sama-sama kita amalkan, Insha Allah.


1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.
Bangun jam 5 pagi. Set loceng jam atau radio alarm setiap pagi. Lama-lama akan terjaga dengan sendirinya. Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Kejutkan isteri atau suami. Solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum solat subuh. Sempurnakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain.

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Makan buah-buahan (cth: 3 biji kurma) dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug atau minuman yang boleh membekalkan tenaga. Kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan, makan  supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Walau pun kita banyak makan buah2 dan sayur2,perlu juga supplemen2 tersebut.

5. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Pilih kerjaya yang diminati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Gembira melakukannya kerana akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki kita dan jadikan ibadah untuk bekalan diakhirat kelak.

6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.

7. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

8. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.

9. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

10. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

11. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam. Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

14. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.

15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

16. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

17. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

18. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

19. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

21. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

22. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

24. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

25. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

26. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

27. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

29. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

31. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

32. Bijak mengurus kewangan.
Bat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti tabung haji atau simpanan yang lain. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.

33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN:
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Yeahhhh! korang memang ohsem sebab baca sampai habis!hehe. 
Harap dapat kongsi info ni dan sama-sama kita amalkan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya pada tahun 2017. Ameen~TQ,Bye!