29 Aug 2016

Adam's Hafazan Day

Assalamualaikum w.b.t~

Hai!morning~...just a quick update about my eldest son, Adam. Hari ni ada majlis hafazan kat sekolah Adam, so Adam mesti ready kat sekolah seawal pukul 7.30 pagi. Awal-awal lagi ibu dah kena amaran daripada pengurus taska untuk sampai on time:
" diminta ibu hantar Adam awal ye esok, pukul 7.30 dah nak gerak naik van ke dewan YPK, jangan datang macam biasaaa..." (T_T)...-8.30pagi-

Pagi tadi cepat-cepat kejutkan Adam untuk ke sekolah. Macam biasa, liat amat nak bangun..hari ni WAJIB mandikan Adam sebab nak nampak hensem,takkan pakai baju melayu bersongkok, bersampin  bagai...tapi tak mandi!haha..so gigih paksa Adam mandi.Apa lagi...menangis meraunglah kesejukkan..hehe. Siap merajuk dengan ibu,taknak salam dan cium ibu sebelum ke sekolah.


Tapi last-last Adam salam dan cium ibu juga!GOOD BOY!
Ibu doakan hafazan Adam berjalan dengan lancar,Ameen.

*Harap Adam dah tak takut dengan ustaz tu*

KEJADIAN AWAL TAHUN 2016
Cikgu: Puan, Adam tak buka mulut lansung masa kita test hafazan
Ibu: Hah? (Dengan muka terkejut monyet)
Cikgu: Iye, pelik juga sebab sebelum ni Adam okay je bila mengaji.
Ibu: Betol-betol, kat rumah pun Adam boleh baca sambil main dengan adik dia.
----------------------------------------------
Ibu: Betol ke cikgu cakap abg tak buka mulut bila cikgu suruh mengaji?
Adam: Angguk
Ibu: Kenapa syg?
Adam: Abg takut ustaz tuu...
Ibu: Kenapa abg takut ustaz tu?
Adam: Sebab dia gemuk..abg takut
Ibu: (T_T)

*Kepada semua rakyat Malaysia, anda perlu KURUS, sebab kanak-kanak takut orang GEMUK*

24 Aug 2016

Nafkah Suami Kepada Isteri

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak berkongsi ilmu berkaitan nafkah.Ye, topik ni agak berat untuk dibaca ketika hari hujan,kepala rasa nak lentok je..student tengah semester break,library memang kosong, sekosong jiwaku..eceh..haha. Serius black! hujan lebat giler ni..memang syok kalau boleh tidur jap kat celah rak buku.

Okay, nak share pasal nafkah suami kepada isteri. Nafkah ni banyak jenis, nafkah dari segi keewangan, keperluan asas untuk hidup,contoh makan pakai anak bini. Nafkah batin juga penting ye kawan-kawan, untuk yang dah bergelar suami-isteri la..mesti balance taw,jangan syok sorang-sorang je, haippp!!hehe

Jom kita faham betol-betol urutan dalam pemberian nafkah. Seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). 

Urutan nafkah adalah seperti berikut:
1-Diri sendiri
2-Isteri
3-Anak
4-Bapa
5-Ibu
6-Cucu
7-Datuk
8-Saudara
9-Ahli-ahli keluarga berikutnya
(urutan ni bukan untuk nafkah batin taw)

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:
 “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” 
(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami walaupun isteri kaya dan berada. Ataupun gaji isteri lebih besar daripada suami, nafkah tetap nafkah ye. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya (mengikut kemampuannya) ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah. 

Ermm, so kepada si isteri...korang janganlah mengada-ngada nak mintak lebih-lebih kalau dah tahu suami korang tak mampu nak bagi, sikit-sikit sudaaaa~

Nafkah kepada orang lain selain isteri, si suami tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi si suami menyara mereka. Namun digalakkan si suami meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Suami mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah si suami wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Kesimpulannya, si suami tidak harus mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, si suami hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika si suami mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah si suami mendahulukan isteri dan anak-anak. 
Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

23 Aug 2016

Resepi: Masak Stim Ikan Siakap

Assalamualaikum w.b.t~

Hai korang! jom try masak stim ikan siakap nak?bahan-bahan yang simple dan senang je nak masak, potong dan campak-campak je.


Bahan-Bahan:
Ikan siakap
Serai-dihiris serong
Tomato-dipotong empat
Limau nipis/ lemon
Bawang merah-dipotong serong
Bawang putih-dipotong serong
Cili padi-dipotong serong
Halia-dipotong halus
Asam jawa
Daun sup/daun saderi-dipotong halus
Sedikit air untuk dijadikan kuah
Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara:
1-Ikan siakap dicuci bersih dan dipotong dua, dilumur dengan sedikit garam dan perasa (aku potong dua sebab tak muat periuk).

2-Masukkan ikan dan bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam periuk pengukus (serai, halia, bawang merah, bawang putih,cili padi,tomato).

3-Sedikit asam jawa direndam ke dalam secawan air dan dituangkan ke atas ikan tadi. Tambahkan air jika suka kuah banyak.

4-Kukus/ stim sehingga ikan masak, agak-agak dalam 15-25 minit.

5-Sedikit daun sup/ daun saderi dipotong halus sebagai hiasan. 

6-Potong sedikit limau nipis/lemon untuk tambahkan rasa masam. Siap untuk dihidang~

Selamat Mencuba!
(^_^)

18 Aug 2016

Si Cemerlang & Si Gagal



Assalamualaikum w.b.t~

"Every morning we are born again
What we do today is what matters most"


Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. 
Tidak terkecuali AKU. 
Apa yang membezakan antara si cemerlang dengan si gagal?
 Si cemerlang menemui kembali jalan yang lurus.
Si gagal akan terus berada di jalan yang salah, 
dan tak mahu menemui mana-mana ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

"Setiap kamu bersalah...sebaik yang bersalah adalah yang kembali"

AYUH KEMBALI

KESEDARAN perlu terus dipupuk.
Racunnya adalah LUPA.
Tenaganya pula ialah PERINGATAN dan PENGAJARAN.

[PROUDMOM]

17 Aug 2016

SABAR


Assalamualaikum~

Selepas solat subuh pagi tadi, macam biasa aku akan sediakan beg Adam dan Adhwa. Adam akan ke taska manakala Adhwa akan ke rumah pengasuh. Biasanya, diorang akan bangun pada pukul 8.00 pagi. Nasib aku kerja pukul 8.30 pagi, ngam-ngam kalau diorang tak buat perangai.

Alhamdullilah, dah 2 minggu Adam willing nak mandi ke sekolah, biasa memang liat amat nak mandi. 

TAPI

Hanya terhad dua kali siram je kepala dia, sambil buat muka sejuuukkkkkk!
Kadang just cuci muka dan bontot dia je,haha...ops!lupa..jari dua batang tu pun biasa aku akan cuci..kalau tak, memang bau air liur basi.

Adhwa pula asyik menangis je tak nak ke rumah pengasuh.Kadang-kadang kesian juga tengok dia menangis, tapi apakan daya, ibu perlu kerja sayang.

(T_T)

Pagi ni Adam buat hal taknak mandi dalam bilik air, korang tahu dia nak mandi kat mana? Adam nak mandi kat paip luar rumah tu.

SABAR

Aku layankan aje, sambil selit-selit shawl takut terkena air (Aku dah siap-siap nak gi kerja).
Lepas tu Adhwa nampak Adam mandi kat situ...ko rasa?Kompemlah Adhwa pun nak join sama. 

GERAM

Sebab takut lambat nak gi kerja, dah pukul 8.15 pagi!

SABAR LAGI

Aku mandikan juga Adhwa, sibuk pula nak pegang getah paip air, nak siram pokok bunga katanya. Adoi~~

SEPARUH SABAR

Diam-diam aku pukul kecil bontot Adhwa, Adhwa pandang aku dan....

SENYUM

Aku terkedu

"Ya Allah...
Ampunkan Aku..."

Sesungguhnya, Adhwa hanya perlukan sedikit lagi masa dengan aku...dan juga perhatian sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

TERUS INSAF!

(T_T)

Korang...kalau korang ada anak-anak kecil macam aku, tambahan dua-dua lelaki...
tolong SABAR dengan kerenah mereka ya.

Jom sama-sama perbaiki diri sendiri untuk menjadi seorang ibu atau bapa yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Terima kasih kerana sudi baca entry ni, terharuuu..=)

14 Aug 2016

Scandinavian?

Assalamualaikum w.b.t

Hai! korang dah breakfast belum?aku dah..nasi lemak & nescafe cap kacip fatimah..hehe. Setiap pagi memang dah jadi rutin, nak tak nak aku akan jenguk jugak IG Kak Mimi. Memang memberi inspirasi dan mengagumkan. Kenapa? sebab Kak Mimi ni pandai sangat deko rumah dia, memang ohsemmmm!! 

AKU NEKAD!

Eh! tetiba, hehe...ye aku berangan nak deko rumah aku ala Scandinavian Theme gitu. Tema yang berkonsepkan kesederhanaan, minimalis dan ada fungsi tertentu. Korang boleh google je ciri-ciri scandinavian ni, aku nak cerita lebih-lebih pun aku bukan pakar sangat, nak tiru idea Kak Mimi je
 (^-^)









IG tuan punya rumah: 

Semua cantik! sejuk je mata memandang..bak kata orang tua-tua:
"Rumahku Syurgaku"

Yang paling best, Kak Mimi ni adalah seorang Personal Shopper!

YAHOOOOO!!!

 Trusted personal shopper for : 
◆Spotlightstore
◆H&M home
◆Kaison
◆Index Living 
◆IKEA 

IG:

 Haa, so bolehlah tolong belikan barang-barang untuk orang Pantai Timur, especially yang tinggal di Terengganu macam aku ni...
SEDIH 

(T_T)

Wishlist:

1) Coffee Table 
Dah lama geram tengok meja bulat ni, kalau boleh nak warna putih.


2) Living Space Matilda Square Basket
Bakul ni nak letak pokok plastik yang aku beli kat Romantika haritu, tapi Adam cakap pokok tu tak cantik (T_T), harap lepas ni pokok tu lebih berseri-seri..hehe.


3) Laundry Trolley
 Macam comel je kan letak baju busuk dalam ni, haha.



                                    
Okay, moga memberi inspirasi!bye~

10 Aug 2016

Aku & Gym

Venue: Meeting Room 1
Event: Campus Management Meeting
Date: 7th August 2016
Time: 9.30AM

COO     : Assalamualaikum & Morning!
Staff      : Waalaikumussalam...(muka masing-masing dah start mengantuk!)
COO     : So, hows your day? anyone went to the Gym last week?
Staff      : ......................SILENT
COO     : Ermm...you guys should go to the gym and do some workout.
Staff      : (@_@)


Aku memang kagum dengan COO aku ni, sebab walaupun umur dah 60 tahun lebih..tetap aktif bersukan!hmmm..aku???? memang sejenis yang malas. Nak dijadikan cerita, semalam tetiba aku semangat nak gi gym. Masuk je gym, eh..eh..eh...acane nak guna alatan ini semua!!!hahaha..aku kenal treadmill je, alatan yang lain macam pelik-pelik je..haha, tapi yang paling best guna alat yang macam kayuh basikal tu, ntah..tak tahu nama.TAPI, cepat giler berpeluh...BEST!
(^_^)

Buat kecoh kat gym duk menyembang je..hehe


COO suruh semua staff gi Gym, setiap hari Ahad-Selasa (5ptg-6ptg), so next week boleh main kayuh basikal lagi! (^_^)







Caliph Supplement!


Assalamualaikum w.b.t

Hahahaha...gelak dulu sebab ni entry pertama untuk bulan Ogos, hampir bersawang kot blog ni. Sibuk yang amat bulan ni sebab ada banyak buku baru sampai nak diuruskan.(T_T)

Okay, entry ni dah lama sebenarnya nak up kat sini, tapi LUPA!haha. Korang pernah dengar tak Jus Caliph Food Suppliment For Kids?ala yang iklan kat tv tu:

"Mama, nak caliph...kami suka Caliph!"

Adam dan Adhwa paling suka nyanyi part tu bila nak CALIPH. Alhamdulillah dah masuk botol ke-2 consume CALIPH ni untuk Adam dan Adhwa. Botol pertama dulu Adam tak berapa gemar nak minum sebab dia ingat CALIPH ni sejenis ubat!haiihh..memang jenuh paksa suruh minum tapi memang TAKNAK. Adam memang tak suka makan segala jenis ubat-ubatan walaupun dia demam teruk. 

So, Adhwa je bantai habiskan sebotol tu dalam masa sebulan. Alhamdullih, sangat sesuai untuk Adhwa sebab dia kekal sihat dan aktif, tak demam,selesema atau batuk (dengan izin-Nya).Tapi Adam dah demam 2 kali bulan lepas. 

Jujur aku cakap, CALIPH ni memang bagus untuk tingkatkan antibodi anak-anak kita. Harga pun murah, RM59 je sebotol dan tahan untuk sebulan. Adam pun dah start suka minum CALIPH bulan ni selepas aku cakap ada cacing dalam perut dia, so mesti minum ni untuk bunuh cacing-cacing tu!kejam kan?haha..tapi menjadi helah tu (^_^) dan dia asyik tanya samada cacing-cacing dalam perut dia dah mati ke belom. 

Sekarang, sebelum tidur Adam dan Adhwa akan minum CALIPH (1 sudu). Kalau hari cuti aku bagi minum pagi dan malam,nak bagi minum tiap-tiap pagi memang tak sempat lah.

So, korang yang ada anak-anak berumur 2 tahun keatas BOLEH TRY CUBA TEST Jus Caliph Suppliment For Kids ni.  Yang umur bawah 1 tahun aku tak pasti, boleh rujuk kepada yang pakar..hehe.

Okay, selamat mencuba!

Thanks sudi baca =)

1 Aug 2016

LUPA!

Assalamualaikum w.b.t~

Haihhh, baru nak update blog...tapi...

LUPA

fon tertinggal kat rumah...

(T_T)

Asyik LUPA je nak bawak fon, kadang LUPA letak spek mata kat mane!haha..satu rumah tawaf cari spek mata...Mr.ALM siap bagi cadangan suruh aku beli tali untuk gantung spek macam orang tua tu...eeee, tak kuasa mak!