19 Jul 2016

Resepi: Masak Pedas Labu Air

Assalamualaikum w.b.t

Semoga dipermudahkan segala urusan hari ni,Insha Allah. Hari ni nak share lauk kegemaran Adam, masak pedas labu air. Adam memang suka lauk ni,memang anak yang soleh sebab tak memilih makanan,semua jenis sayur dan buah dia makan. Adhwa?hmm..budak ni memang lain sikit,semua jenis sayur dan buah dia tak makan..sebab tu Adhwa asyik sembelit..haha.Masa tengah sembelit baru nak cakap "ibu..adik nak makan sayurlah". Lepas hilang sengsara sembelit tu tak jugak makan.


Bahan-Bahan:-
Labu air
Air
Cili besar (dipotong serong)
Lada hitam (dikisar/ditumbuk)
Bawang merah (dikisar/ditumbuk)
Bawang putih (dikisar/ditumbuk)
Ikan bilis/ikan kukus
Sohun
Daun kemangin
Garam
Serbuk perasa (aku guna maggi secukup rasa)

Cara-Cara:-
1-Buang kulit labu air dan potong ikut suka nak bentuk macam mana.

2-Bersihkan labu air yang telah dipotong dan masukkan ke dalam periuk berisi air,sukatan air tu ikut selera masing-masing,kalau nak kuah banyak letak air banyak.

3-Rebus/kukus ikan,buang tulang dan tumbuk.Kalu tak nak guna ikan kukus,boleh guna ikan bilis yang ditumbuk kasar.

4-Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawang merah, masukkan kedalam periuk berisi labu air tadi.

5-Masukkan ikan kukus/ikan bilis yang telah ditumbuk.

6-Masukkan serbuk lada hitam,perasa dan garam.

7-Masukkan sohun.

7-Masukkan cili besar yang telah dipotong serong.

8-Masak sehingga mendidih dan siap untuk di makan.

*Lagi best kalau makan dengan nasi putih panas-panas, telur dadar atau ikan panggang tawar cicah budu!whoa!!memang menjilat jari..hehhe

18 Jul 2016

Random Thoughts of The Day



It is sad how someone you loved can turn into a complete stranger
How every moment you shared gets lost in the past
Every laugh and every smile forgotten...
Only to remember the fights, the lies and the pain

I don't want you back!
and I don't regret being with you
But I would give anything if you can just FORGIVE me

We are not FRIENDS
We are not ENEMIES
We are just STRANGERS 
with some MEMORIES

*Thank you Allah for blessing me much more than I deserve =)


 

17 Jul 2016

Puasa Enam & Puasa Qadha (ganti)


Assalamualaikum w.b.t

Hi, korang dah ganti puasa belom?dah Puasa Enam?Haa..nak cerita, malam tadi sambil tengok tv duk borak-borak dengan Mr.ALM. Korang pernah terfikir atau tertanya-tanya tak samada boleh combine puasa enam dengan puasa ganti dalam satu hari ke tidak?haa..aku cakap boleh je combine tapi Mr.ALM cakap tak boleh, mesti buat lain-lain. Mr.ALM siap suruh aku baca blog Dr. Maza dan Dr. Abu Anas Madani, lepas tu buat perbandingan…and I was like,huh??malasnye nak baca..hahaha.

 TAPI.....AKU BACA JUGA (T-T)

So, hari ni nak share apa yang aku faham selepas baca blog diorang:
  
1. Bolehkah menggabungkan puasa qadha dan puasa enam?

Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya berpendapat bahawa tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah (fardhu dan sunat).
  
Jawapan Dr. MAZA:-
Yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunaikan keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.

2. Adakah ganjaran puasa enam tetap diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha dalam bulan Syawal?

Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Tidak, ini kerana kita tidak memenuhi maksud hadis: 

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)

Kita perlu menyempurnakan puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam.

Jawapan Dr. MAZA:-
Berasaskan hadis tersebut, maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara:

Pertama, berpuasa pada bulan Ramadan.
Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. 

Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadhan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadhan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.

Nota Tangan: 
*korang boleh compare lagi dengan mana-mana sumber sahih, aku jenis yang malas nak baca banyak-banyak (T--T)

*So, aku rasa lebih elok sekiranya Puasa Qadha (ganti) DAHULU cepat-cepat, lepas tu boleh disambung dengan Puasa Enam. Makna kata, kalau korang tinggal puasa 15 hari, ganti dulu yang 15 hari tu, lepas tu tambah 6 hari, total= 21 hari!!! (^-^)

Ehemmm...terima kasih sebab sudi baca, harap boleh memberi manfaat =)

15 Jul 2016

Resepi: Udang Masak Butter dan Telur Masin

Assalamualaikum w.b.t

Hai..hari ni korang berbuka menu apa?haaa...kalau dah tak ada idea boleh try udang goreng butter dengan telur masin ni. Resepi ni aku dah olah guna apa yang ada kat dalam kabinet dapur..hehe





Bahan-Bahan:-
Udang 

Tepung goreng ayam (nak cepat dan lebih ranggup)/kunyit dan garam untuk goreng udang

Buttercup
Susu cair/susu segar
Susu pekat/gula
Daun kari
Cili padi-ditumbuk/dihiris 
Telur masin-direbus & dihancurkan
Bawang putih-ditumbuk/dicincang
Minyak untuk menggoreng udang

Cara-Cara:-
1-Telur masin direbus, buang kulit dan dihancurkan..letak tepi dulu.

2-Udang dibersihkan dan digaul dengan tepung goreng ayam atau gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sekejap dan ketepikan,buang semua lebihan minyak dalam kuali.



3-Masukkan butter dalam 1/2 sudu besar..ikut suka.Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.

4-Masukkan susu cair/susu segar dan 1/2 sudu besar susu pekat/gula.Garam tak perlu sebab rasa masin dari telur masin.

5-Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul-gaul siap!

Senang aje kan? =)