16 Jun 2015

Keep calm & eat

Assalamualaikum!

Haa..musim cuti sekolah nie memang ramailah yang sibuk nak kahwin kan, kadang-kadang aku terfikir juga kenapa orang suka pilih time cuti sekolah kalau nak kawin, macamlah semua orang cikgu kan?

Mula-mula memang malas nak ikut suami pergi kenduri, tapi kalau tak pergi lapar!!hehe

Adhwa terpaksa layan ibu selfie

Adam dan kain lampin bucuk+2 batang jari yang sedap!

Donning Adwa Shawl in dusty brown @proudmomcloset

Kambing golek!sedap amat!

Selepas Adhwa termuntah atas ibu

Adhwa stress!!

Gigih nak jugak ambil gambar walaupun panas amat!

Dapatlah bunga seketoi.

Outfit-
Shawl: Adwa shawl @proudmomcloset
Jubah: syifa patch jubah@calaqisya
Handbag: Dior gred AAA

Xoxo
Proudmom



Me & the tote bag!

Assalamualaikum!
Memang betol cakap orang tua-tua, kalau dah jodoh takkan kemana.
Nie aku nak cerita tentang handbag yang dah lama aku duk mengidam..hihi





Aku memang suka jenis handbag yang macam nie, tapi ni just handbag Dior gred AAA je...RM130..kalau yang original memang tak mampu lah aku nak beli kn??selalu duk ushar2 kt intenet; zalora,nile & lazada..tup2 jumpa kt sebuah kedai dalam Mydin Mall, Kuala Terengganu! Harga boleh minta kurang lagi tu..kedai nie memang jual handbag dan purse gred AAA..banyak sangat pilihan,adoiiiii!!memang rambang mata lah. 

Senang nak letak barang2 dalam beg ni, contoh; botol susu anak sebab beg nie jenis tegak, confirm tak tumpah susu dalam tu!best ooii!

Okay, itu je nak cerita, next time aku nak pergi ushar lagi handbang kt kedai tu.

Xoxo
Proudmom

11 Jun 2015

Shy- shy Thursday

Assalamualaikum~





Outfit:
Shawl: unbranded printed shawl from my closet
Blouse: @summerglitz
Skirt: given by my friend (Akma)

Hari nie feeling2 gadis ayu sikit, pakai skirt pink! Hihi...pink???ermmm..not my favorite color but its look nice taw..kawan aku,Akma yang bagi hadiah..suweett kan? 😘
Sebenarnya warna pink nie cantik...si pemakai akan nampak ayu dan sopan gitu..

Blouse kelabu tu aku beli masa pregnantkan Adam dulu (2012), dah 3 tahun!hihi...its maternity blouse!!yesss...why not?  you can still style it even though you are not a preggy mommy😜.Lengan blouse nie singkat sikit, so kena pakai sarung tangan a.k.a stongan😁

Gambar nombor 2 tu aku nampak kurus! tolong jangan tertipu!hihi..aku tak tahu macam mana boleh jadi kurus dalam gambar, seriously tak edit pun taw😇

Okay,Adhwa dah nanges!!cawwww!!

Xoxo
Proudmom

Morning Glory Me

Assalamualaikum~

Alhamdulillah..masih dapat menghirup udara segar di bumi Allah yang Maha Berkuasa.





Outfit:
Shawl: Butterfly wide shawl from @proudmomcloset
Top: @mallmolly
Palazo: unbranded
Hari nie mood very simple, casual and comfort.

Hari nie pakai tersangatlah simple untuk pergi kerja.Mood malas..hihi...just wearing turquoise palazo from my closet and matching with turquoise top from @mallmolly..murah je, aku beli 4 helai rm 150.

Lepas tu duk fikir pulak nak pakai shawl mana satu...ternampak pulak shawl butterfly yang dah pakai sekali haritu..masih elok tergantung dan tidak berkedut, yang penting tidak berbau lagi...hahaha...terus belit sekali...dah siap!

Cuaca kt bumi Marang, Terengganu nie tersangatlah panas sekarang..kira-kira dah 2 bulan lebih tidak hujan...so, just pakai simple2 cukup...jubah-jubah tu simpan dulu pakai time musim hujan pulak ye..:)

Okay, thanks for reading ya!!
Xoxo
Proudmom



9 Jun 2015

Proudmom

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum




Syukur ke kepada Allah, selepas selamat melahirkan anak ke-2, Ahmad Adhwa Alzam pada 08/05/2014,aku nekad untuk berubah. Apa yang berubah?hihi...aku mula belajar untuk menjadi seorang muslimah dalam erti sebenar; menutup aurat dengan sempurna. Ishhhkk..bukan bermakna aku tidak tutup aurat sebelum ni, just belom sempurna..hihi :p.

Bermula dengan teguran suami supaya melabuhkan apa yang sepatutnya, contoh; tudung/shawl/hijab. Menutup apa yang perlu tertutup,contoh; tangan dan kaki. Melonggarkan apa yang terketat, contoh; baju dan seluar.

Aku masih bertateh untuk menjadi seorang muslimah yang lebih sempurna...masih jauh perjalananku.

I'm writing just to share my journey as a proudmom and to be a better muslimah. Hope you guys enjoy reading this entry and will improve my writing skills!promise!!hihi

xoxo
proudmom

Greenish Brownish look

Assalamualaikum Dunia~

Langkah penuh gagah menuju ke tempat mencari rezeki.


Outfit:
Wide Shawl: @proudmomcloset ( mine! :)
Top: unbranded-beli kt pasaraya je
Skirt: @jangoxs
Sandal: scholl- beli time pregnantkan Adam dulu,3years ++
Bag: coach-gred AAA je


Alhamdulillah, masih sempat untuk tampil bergaya dan kemas walaupun masa untuk bersiap amatlah singkat. Perlu pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan diri sendiri. Aku hanya seorang ibu yang bangga kerana memiliki dua orang anak lelaki yang comel-comel (Ahmad Adam Alzam,3tahun & Ahmad Adhwa Alzam,1tahun).

Hari ini mood simple, pakai top emerald green yang aku baru beli kt pasaraya Zon Ria, tengok aje memang terus tertarik dengan warna emerald green ni, murah je rm 23 hingget. Sebelum beli tu puas fikir nak match dengan skirt mana. Lastly, jumpa skirt yang super ohsem kembang ni dalam almari, light brown skirt beli kt @jangoxs. Haaa..matching x???suweettkan...ala-ala hijabista gitu!hihi...siapa kata mommies tidak boleh bergaya?mesti pandai mix and match je. Pashmina tu dah lama dah..aku ambil yang adik aku punya..haha.

See you soon,
Proudmom