31 Oct 2016

Sembang Pagi



Mimpi...
Kadang tanpa sepatah kata
Hanya kaku memandang sayu
Kadang tersenyum pilu

Pelik...
Dengan satu perkataan
"Cantik"
Ada senyuman terukir disitu

Maaf...
Andai masih terluka
Lepaskanlah biar tenang jiwa raga
Hanya itu pengubat lara

Hilang...
Bukan bererti mati
Tapi mati itu pasti
Aturan Allah jangan kau ragui

[Proudmom]

26 Oct 2016

Master by FLP Mode vs Master by Research


Assalamualaikum w.b.t

Anak dah dua orang baru terhegeh-hegeh nak sambung belajar..hahaha. Tapi still tak tahu nak pilih buat master by research ke FLP (flexible learning programme). Hajat dihati nak buat by research sebab malas nak attend kelas kt shah alam..jauhhhhh kot.Hmmm..tapi orang cakap FLP ni just attend kelas once a month je,betol ke???Kalau betol kira best juga..hehe.

Mr.ALM okay je bila cakap nak sambung study.Siap bagi amaran awal-awal jangan stop separuh jalan macam yang lepas.Erkkk..hehe, dulu sempat sambung 1 semester je,lepas tu aku tak datang kelas sampai sudah...sampai lahirkan Adam!bhahahha..faktor utama tak habiskan master dulu adalah sebab mengandungkan Adam,sooo tak larat nak travel ke uitm dungun every weekend..kiki,padahal sejam je pun.

Lagi satu, kan best kalau ada geng nak sambung study jugak. Anyone? Boleh tumpang gi kelas..hehe.

Okaylah..sambung kerja jap,bye!


23 Oct 2016

Sembang Petang


Sembahyang subuh 7.00 pagi
Zohor pukul 4
Asar jam 6.45 petang
Maghrib dah macam nak terlepas
Isyak kau tidur dulu
Niat dihati nak bangun jap lagi
Kadang terjaga kadang sampai pagi

Dan kau ungkit?
Kenapa Allah tak bagi-bagi apa yang kau nak...

Quran makin jarang kau buka
Zikir entah ke mana
Istighfar ingat-ingat lupa

Dan kau pelik?
Kenapa hati kau tak tenteram...

Buat dulu apa Allah minta
Baru Allah bagi apa yang kau nak.

[Proudmom]






20 Oct 2016

Umur Adam-Kes Lahir Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t

Adam lahir 30.12.2012, so kalau kira ikut tahun Adam dah 4 tahun ,tapi kalau kira ikut tarikh lahir, Adam baru 3 tahun 10 bulan. Nak dijadikan cerita, cikgu taska Adam asyik terlupa yang adam dah 4 tahun. Hari tu siap nak bagi borang untuk kemasukkan tahun 2017. 
Last week:

"Ada tak lagi cikgu pesan suruh ambil gambar graduasi kat kedai gambar?"
"Gambar graduasi? takde pun.."
"Oo..ok, minta puan tolong ke kedai gambar untuk ambil gambar graduasi Adam"

***muka blur***

"Sebab jurugambar tu dah datang ambil gambar graduasi budak-budak lain kat taska ni"
"Oo..yeke? sebab takde pulak cikgu pesan pape pasal gambar graduasi, kebetulan Adam tak sihat minggu lepas...tu yang tak hantar ke taska"

Aku agak ni mesti kes terlupa yang Adam dah 4 tahun dan akan habis belajar kat taska akhir tahun ni.Itu yang terlupa nak bagitahu awal-awal pasal hari ambil gambar graduasi. Bhahahaha~ 

So hari sabtu baru ni aku dan Mr.ALM bawa Adam ke kedai gambar. Uncle kedai tu cakap semua gambar untuk TPKM dah siap print dan diframekan. Aku dah cuak giler sebab takut Adam sedih nanti sebab tak ada gambar dia dan kawan-kawannya. Tapi dah tak boleh nak edit gambar yang ramai-ramai tu if nak masukkan gambar Adam sorang. Okay, ibu is redho dah...just proceed untuk ambil gambar Adam sorang-sorang je dah. Punyalah gigih uncle tu nak suruh Adam senyum elok-elok. Siap tanya aku:

"Dia memang senyum macam ni ek?"

Aku dan Mr.ALM hanya mampu tergelak je..hahahaha...senyuman paksa tu namanya! =)

Ahmad Adam Alzam Bin Almanizam

16 Oct 2016

Nak Beli Ke Tak?

Assalamualaikum w.b.t

Tadi ada terbaca post member kat ig pasal Eames chair yang scandinavian design tu murah giler kat Lazada. Terus cepat-cepat tengok lazada..haaa..memang murah kalau nak compare dengan physical store atau personal shopper yang jual.

Hmmmmm

Nak Beli Ke Tak?

Memang dah lama duk perati kerusi ni. Bila tanya Mr. ALM, dia cakp ikut suka la kalau ada duit. Eceh...ayat takleh blah, ermm..gaji dua minggu lagi baru masuk nih. 

Argghhhhh!

Tapi kalau tak beli?

RUGI!


Kalau korang jadi aku beli ke tak ek? Dari tadi duk termenung depan PC ni..hehe.

Okay, bye~

10 Oct 2016

Dilema Seorang Ibu-Bila Anak-Anak Tak Sihat


Assalamualaikum!

Penat sangat 2-3 minggu ni sebab Adam dan Adhwa bergilir-gilir demam!haihh..sampai cuti tahunan aku pun dah -ve. 

Last 3 weeks Adam demam kuat..dapat panggilan daripada Taska Adam pada pukul 3 petang,cikgunya suruh datang ambil. Terus whatssap COO cakap nak keluar ambil anak jap nak bawa ke klinik. Alhamdulillah demam biasa, bukan jangkitan HFMD (Hand,foot and mouth disease).. risau juga sebab pertengahan bulan 9 haritu Taska Adam terpaksa ditutup sebab ada 2 kes HFMD. 

Yang menjadi masalah adalah Adam jenis yang tak suka makan segala jenis ubat-ubatan..membazir je ubat demam,batuk dan selesema yang jenis syrup tu. Nak tak nak, aku dan Mr.ALM terpaksa masukkan ubat demam melalui bontot Adam, sebab suhunya terlampau tinggi..39.2 darjah celcius. Alhamdulillah, tak sampai seminggu, Adam sihat. 

Lepas Adam sihat, Adhwa pula tiba-tiba demam. Pada pukul 4 pagi aku terjaga..terdetik hati nak tengok Adhwa tidur, bila pegang je kepala..Ya Allah..panasnya badan Adhwa, terus amik termometer dan check suhu  badan Adhwa, 38.5 darjah celcius! Teringat ubat demam syrup Adam masih ada dalam peti ais, terus dukung Adhwa ke dapur dan bagi makan ubat. Benda paling best bila Adhwa demam adalah Adhwa rajin makan ubat..haha, siap mintak nak minum 2-3 kali..dah terlebih dos pulak. Terpaksa ibu ambil cuti lagi keesokan harinya.

Adhwa
"Salam Prof, saya terpaksa EL harini, anak no.2 saya demam kuat"

Nasib dapat COO yang jenis okay kalau bab-bab cuti ni...yang penting inform awal-awal. Aku jenis yang tak suka hantar anak ke rumah pengasuh if anak tak sihat, biarlah if terpaksa ambil unpaid leave pun, SANGGUP! Mr.ALM pun ambil cuti untuk tolong jaga Adhwa, sebab aku tak boleh cuti direct. Dalam 3 hari Adhwa dah sihat sebab dia rajin makan ubat setiap 6 jam, sampai habis..hehe.

Now Adam demam lagi. Hari Jumaat baru ni, 07.10.2016, badan Adam tiba-tiba je panas..pelik juga sebab baru je dia demam kan. Hmmm...aku dah pening macam mana nak suruh Adam makan ubat sebab takut demam melarat. Adam tak nak makan..dia tidur je satu hari tu. Malam tu, aku ajak Mr. ALM pergi klinik dan minta dengan doctor nak ubat demam yang bukan jenis syrup. Doctor bagi ubat demam pil, jenis kunyah...beriya aku tipu Adam cakap itu vitamin sebab kalau cakap ubat memang dia takkan makan. Adam nampak happy je bila cakap vitamin.

"Nah vitamin untuk along satu, along kunyah-kunyah je taw"

"Ermm..sedap bu.." (tak sampai 5 minit dia kunyah)

"Uwekkkkk!.. "

"Tak sedap la bu!" (sambil buat muka tak puas hati)

(T_T)

Adam asyik muntah dan cirit-birit sebab tak nak makan pape pun. Hari ni badan Adam dah tak panas, just muntah dan cirit je. Nasib baik hari ni ayah aku sanggup datang rumah ambil Adam nak jaga, Syukur tinggal dekat dengan keluarga, pape diorang ada untuk membantu. Sayang pok and mok!

Mak ayah aku cakap Adam demam sebab rambutnya panjang sgt kot, serabut...so diorang suggest suruh potong kasi pendek atau botakkan je terus...botak tu tak la kot..sebab dia kan dah besar..sekolah..takut dia malu dengan kawan-kawan je nanti sebab xda rambut. Petang ni nak try pujuk Adam lagi suruh potong rambut..hmmmm...jenis yang susah dipujuk dan keras kepala..ikot siapa ntah =)

Kalu ikutkan kata hati, aku naaaaaaak sangat berhenti kerja...duduk rumah je dan jaga anak-anak. Anak-anak sakit demam senang, aku ada untuk jaga dan beri yang terbaik. 

TAPI

Kereta aku siapa nak bayarkan?hehe..5 tahun lagi wehhh...hmmm..okay, Bye!

Nota Tangan: TQ to sya-orked bagi tips bawang!=)



9 Oct 2016

Lagu Adam-Faizal Tahir

Assalamualaikum w.b.t
Malam tadi on the way nak balik rumah dari rumah MIL, Mr.ALM yang drive.So, if dia yang drive, confirmlah ditukar siaran Fly FM ke Sinar FM atau yang sewaktu dengannya. Aku malas nak cakap banyak layan je lagu-lagu yang berkumandang tu..~~~rasa macam nak tertidur je..hehe.

TIBA-TIBA

"yang putih yang hitam semua dari Adam"

Eh..eh..macam pelik je lirik lagu ni..dengar lagi..dan cuba untuk memahami liriknya. Tanya Mr.ALM siapa yang nyanyi lagu ni, dia pun tak tahu. So, hari ni gigih cari kat Youtube....laaaaaa...its Faizal Tahir song!patut pun best..terus cari lirik dan dengar berulang kali kat opis,bhahahahaha...so korang boleh layan gak lagu ni, klik je video kat bawah ni..siap dengan lirik sekali aku google. 

Adam adalah yang teristimewa
Adam yang pertama menghuni syurga


Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang
Yang putih yang hitam dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan

Adam adalah bapa kita semua
Adam diturunkan bumi dari syurga

Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang
Yang putih yang hitam dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan

Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang
Yang putih yang hitam semua dari Adam
Mengapa berperang kita darinya seorang

Hayatilah hidup yang diberi Tuhan
Adam adalah bapa kita semua