10 Oct 2016

Dilema Seorang Ibu-Bila Anak-Anak Tak Sihat


Assalamualaikum!

Penat sangat 2-3 minggu ni sebab Adam dan Adhwa bergilir-gilir demam!haihh..sampai cuti tahunan aku pun dah -ve. 

Last 3 weeks Adam demam kuat..dapat panggilan daripada Taska Adam pada pukul 3 petang,cikgunya suruh datang ambil. Terus whatssap COO cakap nak keluar ambil anak jap nak bawa ke klinik. Alhamdulillah demam biasa, bukan jangkitan HFMD (Hand,foot and mouth disease).. risau juga sebab pertengahan bulan 9 haritu Taska Adam terpaksa ditutup sebab ada 2 kes HFMD. 

Yang menjadi masalah adalah Adam jenis yang tak suka makan segala jenis ubat-ubatan..membazir je ubat demam,batuk dan selesema yang jenis syrup tu. Nak tak nak, aku dan Mr.ALM terpaksa masukkan ubat demam melalui bontot Adam, sebab suhunya terlampau tinggi..39.2 darjah celcius. Alhamdulillah, tak sampai seminggu, Adam sihat. 

Lepas Adam sihat, Adhwa pula tiba-tiba demam. Pada pukul 4 pagi aku terjaga..terdetik hati nak tengok Adhwa tidur, bila pegang je kepala..Ya Allah..panasnya badan Adhwa, terus amik termometer dan check suhu  badan Adhwa, 38.5 darjah celcius! Teringat ubat demam syrup Adam masih ada dalam peti ais, terus dukung Adhwa ke dapur dan bagi makan ubat. Benda paling best bila Adhwa demam adalah Adhwa rajin makan ubat..haha, siap mintak nak minum 2-3 kali..dah terlebih dos pulak. Terpaksa ibu ambil cuti lagi keesokan harinya.

Adhwa
"Salam Prof, saya terpaksa EL harini, anak no.2 saya demam kuat"

Nasib dapat COO yang jenis okay kalau bab-bab cuti ni...yang penting inform awal-awal. Aku jenis yang tak suka hantar anak ke rumah pengasuh if anak tak sihat, biarlah if terpaksa ambil unpaid leave pun, SANGGUP! Mr.ALM pun ambil cuti untuk tolong jaga Adhwa, sebab aku tak boleh cuti direct. Dalam 3 hari Adhwa dah sihat sebab dia rajin makan ubat setiap 6 jam, sampai habis..hehe.

Now Adam demam lagi. Hari Jumaat baru ni, 07.10.2016, badan Adam tiba-tiba je panas..pelik juga sebab baru je dia demam kan. Hmmm...aku dah pening macam mana nak suruh Adam makan ubat sebab takut demam melarat. Adam tak nak makan..dia tidur je satu hari tu. Malam tu, aku ajak Mr. ALM pergi klinik dan minta dengan doctor nak ubat demam yang bukan jenis syrup. Doctor bagi ubat demam pil, jenis kunyah...beriya aku tipu Adam cakap itu vitamin sebab kalau cakap ubat memang dia takkan makan. Adam nampak happy je bila cakap vitamin.

"Nah vitamin untuk along satu, along kunyah-kunyah je taw"

"Ermm..sedap bu.." (tak sampai 5 minit dia kunyah)

"Uwekkkkk!.. "

"Tak sedap la bu!" (sambil buat muka tak puas hati)

(T_T)

Adam asyik muntah dan cirit-birit sebab tak nak makan pape pun. Hari ni badan Adam dah tak panas, just muntah dan cirit je. Nasib baik hari ni ayah aku sanggup datang rumah ambil Adam nak jaga, Syukur tinggal dekat dengan keluarga, pape diorang ada untuk membantu. Sayang pok and mok!

Mak ayah aku cakap Adam demam sebab rambutnya panjang sgt kot, serabut...so diorang suggest suruh potong kasi pendek atau botakkan je terus...botak tu tak la kot..sebab dia kan dah besar..sekolah..takut dia malu dengan kawan-kawan je nanti sebab xda rambut. Petang ni nak try pujuk Adam lagi suruh potong rambut..hmmmm...jenis yang susah dipujuk dan keras kepala..ikot siapa ntah =)

Kalu ikutkan kata hati, aku naaaaaaak sangat berhenti kerja...duduk rumah je dan jaga anak-anak. Anak-anak sakit demam senang, aku ada untuk jaga dan beri yang terbaik. 

TAPI

Kereta aku siapa nak bayarkan?hehe..5 tahun lagi wehhh...hmmm..okay, Bye!

Nota Tangan: TQ to sya-orked bagi tips bawang!=)



3 comments:

  1. kesiannya. pil pun taknak ke? betul jugak tu potong rambut sebab angin. Maybe try rawatan tradisional okay kot sbb kadang tu demam urat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot..sbb kdg2 dia ckp lenguh kaki..sakit tulang la..sakit kepala

      tula..my mom pn suggest mintak air tawar kt ustaz..tapi xsempat lagi nak pergi. TQ fana =)

      Delete
  2. bahahahahaha. klaka tips bawang,

    syiannye abang adam. baby adam haku batok x ok lagi jan. stress haku. tp x demam. kalau demam aku pon EL gamak nye.

    banyak ke cuti weh? aku cuti dah paras hidong. aku wonder how mmommies lain manage cuti / EL. hmm.. rase nk menuntut jek.

    moge cepat semboh abang adam :)

    ReplyDelete