Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts

2 Jan 2017

33 Pesanan Untuk 2017-Wajib Baca!


 Assalamualaikum w.b.t~

Aku memang follow Dr Hamid Arshat, seorang doctor pakar O&G sebab banyak ilmu yang bermanfaat atau tips yang berguna. Hari ni nak share panduan yang dikongsi oleh beliau untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

Harap baca sampai habis walaupun semput nafas!hehe...dan sama-sama kita amalkan, Insha Allah.


1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.
Bangun jam 5 pagi. Set loceng jam atau radio alarm setiap pagi. Lama-lama akan terjaga dengan sendirinya. Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Kejutkan isteri atau suami. Solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum solat subuh. Sempurnakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain.

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Makan buah-buahan (cth: 3 biji kurma) dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug atau minuman yang boleh membekalkan tenaga. Kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan, makan  supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Walau pun kita banyak makan buah2 dan sayur2,perlu juga supplemen2 tersebut.

5. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Pilih kerjaya yang diminati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Gembira melakukannya kerana akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki kita dan jadikan ibadah untuk bekalan diakhirat kelak.

6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.

7. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

8. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.

9. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

10. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

11. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam. Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

14. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.

15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

16. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

17. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

18. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

19. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

21. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

22. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

24. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

25. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

26. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

27. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

29. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

31. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

32. Bijak mengurus kewangan.
Bat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti tabung haji atau simpanan yang lain. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.

33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN:
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Yeahhhh! korang memang ohsem sebab baca sampai habis!hehe. 
Harap dapat kongsi info ni dan sama-sama kita amalkan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya pada tahun 2017. Ameen~TQ,Bye!

11 Dec 2016

Suamiku Encik Tak Perfect

Assalamualaikum w.b.t

Sumber: Google
Tadi terbaca post kawan aku di fb berkaitan hal perkahwinan. Seakan dia sedang bersedih. Rasa pelik dan ingin tahu kerana dia baru sahaja habis pantang selepas melahirkan seorang putera. Entah, aku tak tahu apa masalah dia, tapi...hanya tinggal gambar dia bersama anaknya, tiada lagi gambar si suami. Aku hanya boleh bagi kata-kata semangat untuk dia terus berjuang demi anaknya yang tercinta.

Hmmm..ini bukan kali pertama, sebelum ni dah ada kawan-kawan aku yang mengalami masalah sama, biasanya terjadi penceraian selepas melahirkan anak. Aku tak faham, kenapa si suami begitu kejam? 

Alhamdulillah, 25.11.2011-25.11.2016 genap 5 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tercinta walaupun sentiasa diuji dengan bermacam ujian, Alhamdulillah..masih teguh bertahan...Insha Allah hingga ke Jannah, Ameen. 

Aku jenis yang kuat merajuk sampai suami aku dah malas nak pujuk, dia buat derkk je..haha.Tapi yang pasti kena berterus-terang jika ada masalah ke, ada benda yang korang tak puas hati ke..sebab aku rasa lelaki ni memang TAKKAN FAHAM maksud tersirat atau pun yang tersurat. Kita kena briefly explain kat diorang apa yang kita tak suka or apa masalahnya. 

So, masalah akan selesai dengan cepat, kalau tak..si isteri je yang beriya makan hati berulamkan jantung pisang, si suami blurrrr..tak tahu punca!hahaha.Terimalah kekurangan masing-masing sebagai satu "KESEMPURNAAN" dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan akan mengajar kita untuk redha, sabar dan memaafkan. 

Orang Tua-Tua Kata:

Fasa 1: 5 Tahun Perkahwinan
Sentiasa di uji dengan kesempitan dan kekurangan harta. Ada je yang tak cukup, kena banyak bersabar.

Fasa 2: Masuk 10 TAhun Perkahwinan
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Fasa 3: Masuk 15 Tahun Perkahwinan
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala aspek.

Ni orang tua-tua cakap, nak percaya atau tidak terpulanglah. Tapi bagi aku, elok je sebab boleh bagi sinar harapan!hehehe..tak sabar nak ke arah fasa 2 ni..moga cepat kaya,boleh?hahaha.

Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak dan suami tercinta sehingga ke Syurga. Okay, bye~

3 Nov 2016

Dosa Takhbib-Perosak Rumah Tangga Orang Lain


Assalamualaikum w.b.t~

Apa itu Dosa Takhbib? Jom sama-sama baca, faham dan JANGAN menjadi penyebab penceraian rumah tangga orang lain!. -terEMO pulak..hehe.

*********************************************************************************
Diantara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kita adalah Dosa Takhbib. Menjadi penyebab penceraian dan kerosakan rumah tangga. Kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya.

Makna Takhbib

Dalam Syarah Sunan Abu Daud Azim Abadi (w. 1329 H) menjelaskan, takhbib secara bahasa ertinya menipu dan merosak. Dengan menyebut-nyebut keburukkan suami di hadapan isterinya atau kebaikan lelaki lain di depan wanita itu. (Aunul Ma’bud, 6/159).

مَنْ خَبَّب زوجة امرئ أي خدعها وأفسدها أو حسن إليها الطلاق ليتزوجها أو يزوجها لغيره أو غير ذلك

"Siapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang, maknanya adalah siapa yang menipu wanita itu, merosak keluarganya atau memotivasinya agar cerai dengan suaminya, agar dia boleh menikah dengannya atau menikah dengan lelaki lain atau cara yang lainnya". (Aunul Ma’bud, 14/52).

Ad-Dzahabi mendefinisikan takhbib:

إفساد قلب المرأة على زوجها

"Merosak hati wanita terhadap suaminya." (al-Kabair, hal. 209).

Dalam Fatwa Islam, usaha memisahkan wanita dari suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi si wanita untuk menuntut cerai dari suaminya. Yang juga termasuk takhbib adalah ketika seseorang memberikan perhatian, simpati, menjadi teman chatting terhadap wanita yang sedang ada masalah dengan keluarganya.

وإفساد الزوجة على زوجها ليس فقط بأن تطلب منها الطلاق ، بل إن محاولة ملامسة العواطف والمشاعر ، والتسبب في تعليقها بك أعظم إفساد ، وأشنع مسعى يمكن أن يسعى به بين الناس .

"Merosak hubungan isteri dengan suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi dia untuk menggugat cerai. Bahkan semata upaya memberikan simpati, belas kasihan, berbagi rasa, dan segala sebab yang membuat si wanita menjadi jatuh cinta kepadamu, merupakan bentuk merosak (keluarga) yang serius, dan usaha paling licik yang mungkin boleh dilakukan seseorang." (Fatwa Islam, no. 84849)

*********************************************************************************
Haa...dah faham apa itu Dosa Takhbib? Meh nak tambah sikit, kalau dah tahu lelaki yang kau suka tu dah berkahwin, ada anak ke, takde anak ke...
JANGAN TERUSKAN HUBUNGAN ITU...

Kalau rasa nak marah time tengah berdiri, sila DUDUK..Kalau rasa nak marah tengah duduk, sila BARING...Istighfar banyak-banyak..terima kenyataan yang lelaki yang kau suka tu dah berpunya, jangan sesekali rasa DENDAM dan cuba nak runtuhkan rumah tangga mereka.

MARAH LAGI?

Cepat-cepat pergi bilik air ambil wudhuk dan solat sunat taubat ke, solat sunat istikharah ke minta dijodohkan dengan lelaki bujang, bukan laki orang...hehe.

Moga Allah S.W.T memelihara rumah tangga kita kepada yang dah berkahwin..moga bahagia till Jannah. Kepada yang bujang, moga Allah S.W.T menemukan korang dengan lelaki yang baik-baik...Ameen.

Thanks sudi baca entry ni, tajuk heavy sikit arini sebab nak bagi semangat kepada kawan-kawan yang pernah atau sedang ada masalah yang berkaitan =). Okay, bye!


4 Sept 2016

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi! Alhamdulillah...masih diberikan peluang untuk hidup di bumi yang penuh cabaran dan dugaan ini. Pagi ni nak share cara-cara Solat Sunat Dhuha, moga menjadi kunci rezeki, kejayaan dan ketenangan kita.


Solat Sunat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Sunat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
"Telah bersabda  Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan"

1. Lafaz Niat Solat Dhuha:
"Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"


Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah Al-Shams pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua surah Ad-Dhuha.

2. Doa Solat Dhuha:

Ya Allah 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu
Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha

KecantikanMu, keindahanMu
KekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala

Yang engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Nota Tangan: Kalau nak senang hafal doa ni, baca macam kumpulan UNIC nasyid tu...ha, kompem cepat ingat. Moga bermanfaat!


Sumber: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

24 Aug 2016

Nafkah Suami Kepada Isteri

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak berkongsi ilmu berkaitan nafkah.Ye, topik ni agak berat untuk dibaca ketika hari hujan,kepala rasa nak lentok je..student tengah semester break,library memang kosong, sekosong jiwaku..eceh..haha. Serius black! hujan lebat giler ni..memang syok kalau boleh tidur jap kat celah rak buku.

Okay, nak share pasal nafkah suami kepada isteri. Nafkah ni banyak jenis, nafkah dari segi keewangan, keperluan asas untuk hidup,contoh makan pakai anak bini. Nafkah batin juga penting ye kawan-kawan, untuk yang dah bergelar suami-isteri la..mesti balance taw,jangan syok sorang-sorang je, haippp!!hehe

Jom kita faham betol-betol urutan dalam pemberian nafkah. Seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). 

Urutan nafkah adalah seperti berikut:
1-Diri sendiri
2-Isteri
3-Anak
4-Bapa
5-Ibu
6-Cucu
7-Datuk
8-Saudara
9-Ahli-ahli keluarga berikutnya
(urutan ni bukan untuk nafkah batin taw)

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:
 “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” 
(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami walaupun isteri kaya dan berada. Ataupun gaji isteri lebih besar daripada suami, nafkah tetap nafkah ye. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya (mengikut kemampuannya) ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah. 

Ermm, so kepada si isteri...korang janganlah mengada-ngada nak mintak lebih-lebih kalau dah tahu suami korang tak mampu nak bagi, sikit-sikit sudaaaa~

Nafkah kepada orang lain selain isteri, si suami tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi si suami menyara mereka. Namun digalakkan si suami meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Suami mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah si suami wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Kesimpulannya, si suami tidak harus mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, si suami hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika si suami mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah si suami mendahulukan isteri dan anak-anak. 
Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

17 Jul 2016

Puasa Enam & Puasa Qadha (ganti)


Assalamualaikum w.b.t

Hi, korang dah ganti puasa belom?dah Puasa Enam?Haa..nak cerita, malam tadi sambil tengok tv duk borak-borak dengan Mr.ALM. Korang pernah terfikir atau tertanya-tanya tak samada boleh combine puasa enam dengan puasa ganti dalam satu hari ke tidak?haa..aku cakap boleh je combine tapi Mr.ALM cakap tak boleh, mesti buat lain-lain. Mr.ALM siap suruh aku baca blog Dr. Maza dan Dr. Abu Anas Madani, lepas tu buat perbandingan…and I was like,huh??malasnye nak baca..hahaha.

 TAPI.....AKU BACA JUGA (T-T)

So, hari ni nak share apa yang aku faham selepas baca blog diorang:
  
1. Bolehkah menggabungkan puasa qadha dan puasa enam?

Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya berpendapat bahawa tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah (fardhu dan sunat).
  
Jawapan Dr. MAZA:-
Yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunaikan keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.

2. Adakah ganjaran puasa enam tetap diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha dalam bulan Syawal?

Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Tidak, ini kerana kita tidak memenuhi maksud hadis: 

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)

Kita perlu menyempurnakan puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam.

Jawapan Dr. MAZA:-
Berasaskan hadis tersebut, maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara:

Pertama, berpuasa pada bulan Ramadan.
Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. 

Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadhan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadhan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.

Nota Tangan: 
*korang boleh compare lagi dengan mana-mana sumber sahih, aku jenis yang malas nak baca banyak-banyak (T--T)

*So, aku rasa lebih elok sekiranya Puasa Qadha (ganti) DAHULU cepat-cepat, lepas tu boleh disambung dengan Puasa Enam. Makna kata, kalau korang tinggal puasa 15 hari, ganti dulu yang 15 hari tu, lepas tu tambah 6 hari, total= 21 hari!!! (^-^)

Ehemmm...terima kasih sebab sudi baca, harap boleh memberi manfaat =)