24 Aug 2016

Nafkah Suami Kepada Isteri

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni nak berkongsi ilmu berkaitan nafkah.Ye, topik ni agak berat untuk dibaca ketika hari hujan,kepala rasa nak lentok je..student tengah semester break,library memang kosong, sekosong jiwaku..eceh..haha. Serius black! hujan lebat giler ni..memang syok kalau boleh tidur jap kat celah rak buku.

Okay, nak share pasal nafkah suami kepada isteri. Nafkah ni banyak jenis, nafkah dari segi keewangan, keperluan asas untuk hidup,contoh makan pakai anak bini. Nafkah batin juga penting ye kawan-kawan, untuk yang dah bergelar suami-isteri la..mesti balance taw,jangan syok sorang-sorang je, haippp!!hehe

Jom kita faham betol-betol urutan dalam pemberian nafkah. Seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). 

Urutan nafkah adalah seperti berikut:
1-Diri sendiri
2-Isteri
3-Anak
4-Bapa
5-Ibu
6-Cucu
7-Datuk
8-Saudara
9-Ahli-ahli keluarga berikutnya
(urutan ni bukan untuk nafkah batin taw)

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:
 “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” 
(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami walaupun isteri kaya dan berada. Ataupun gaji isteri lebih besar daripada suami, nafkah tetap nafkah ye. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya (mengikut kemampuannya) ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah. 

Ermm, so kepada si isteri...korang janganlah mengada-ngada nak mintak lebih-lebih kalau dah tahu suami korang tak mampu nak bagi, sikit-sikit sudaaaa~

Nafkah kepada orang lain selain isteri, si suami tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi si suami menyara mereka. Namun digalakkan si suami meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Suami mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah si suami wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Kesimpulannya, si suami tidak harus mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, si suami hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika si suami mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah si suami mendahulukan isteri dan anak-anak. 
Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

No comments:

Post a Comment