10 Aug 2016

Caliph Supplement!


Assalamualaikum w.b.t

Hahahaha...gelak dulu sebab ni entry pertama untuk bulan Ogos, hampir bersawang kot blog ni. Sibuk yang amat bulan ni sebab ada banyak buku baru sampai nak diuruskan.(T_T)

Okay, entry ni dah lama sebenarnya nak up kat sini, tapi LUPA!haha. Korang pernah dengar tak Jus Caliph Food Suppliment For Kids?ala yang iklan kat tv tu:

"Mama, nak caliph...kami suka Caliph!"

Adam dan Adhwa paling suka nyanyi part tu bila nak CALIPH. Alhamdulillah dah masuk botol ke-2 consume CALIPH ni untuk Adam dan Adhwa. Botol pertama dulu Adam tak berapa gemar nak minum sebab dia ingat CALIPH ni sejenis ubat!haiihh..memang jenuh paksa suruh minum tapi memang TAKNAK. Adam memang tak suka makan segala jenis ubat-ubatan walaupun dia demam teruk. 

So, Adhwa je bantai habiskan sebotol tu dalam masa sebulan. Alhamdullih, sangat sesuai untuk Adhwa sebab dia kekal sihat dan aktif, tak demam,selesema atau batuk (dengan izin-Nya).Tapi Adam dah demam 2 kali bulan lepas. 

Jujur aku cakap, CALIPH ni memang bagus untuk tingkatkan antibodi anak-anak kita. Harga pun murah, RM59 je sebotol dan tahan untuk sebulan. Adam pun dah start suka minum CALIPH bulan ni selepas aku cakap ada cacing dalam perut dia, so mesti minum ni untuk bunuh cacing-cacing tu!kejam kan?haha..tapi menjadi helah tu (^_^) dan dia asyik tanya samada cacing-cacing dalam perut dia dah mati ke belom. 

Sekarang, sebelum tidur Adam dan Adhwa akan minum CALIPH (1 sudu). Kalau hari cuti aku bagi minum pagi dan malam,nak bagi minum tiap-tiap pagi memang tak sempat lah.

So, korang yang ada anak-anak berumur 2 tahun keatas BOLEH TRY CUBA TEST Jus Caliph Suppliment For Kids ni.  Yang umur bawah 1 tahun aku tak pasti, boleh rujuk kepada yang pakar..hehe.

Okay, selamat mencuba!

Thanks sudi baca =)

2 comments:

  1. aku slalu bace psl little caliph ni. tp kan, little caliph ni aritu rmai sellers suke lawan harga. ade yg murah tol smpai aku pulak suspen betol ke ciplak nih. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeke?aku dah survey aritu..range dlm RM50-80, aku jumpe yg murah ni RM59 kt vendor butik..aishhh..tak terpikir plak nak check originality nye =(

      Delete