4 Sept 2016

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi! Alhamdulillah...masih diberikan peluang untuk hidup di bumi yang penuh cabaran dan dugaan ini. Pagi ni nak share cara-cara Solat Sunat Dhuha, moga menjadi kunci rezeki, kejayaan dan ketenangan kita.


Solat Sunat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Sunat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
"Telah bersabda  Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan"

1. Lafaz Niat Solat Dhuha:
"Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"


Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah Al-Shams pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua surah Ad-Dhuha.

2. Doa Solat Dhuha:

Ya Allah 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu
Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha

KecantikanMu, keindahanMu
KekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala

Yang engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Nota Tangan: Kalau nak senang hafal doa ni, baca macam kumpulan UNIC nasyid tu...ha, kompem cepat ingat. Moga bermanfaat!


Sumber: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

4 comments: