25 Sep 2016

Anak Lelaki


Assalamualaikum w.b.t~

Aku memang tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas langsung akan dapat anak sulong dan anak ke-2 lelaki!haha..dulu konon berangan nak anak sulong lelaki dan yang ke-2 perempuan. Alhamdulillah, hasrat nak anak sulong lelaki tu tercapai (Adam). Tup-tup anak ke-2 pun lelaki! (Adhwa). Syukur, bukan tak bersyukur....just dulu kononnya kalau anak ke-2 perempuan bolehlah bersara, hehe. Lepas tu boleh pakaikan dress yang comel-comel!!!!waaaaaa.....berangan gilerr~haha. 

Agak kelam-kabut juga dulu nak handle Adam dan Adhwa, ko bayangkanlah tahap keaktifan mereka berdua acane. Kalau kemas rumah tu, tak sampai 5 minit ko tinggal, memang confirm jadi macam "tongkang pecah" balik. 

TAPI BEST TAW ADA 2 ORANG ANAK LELAKI YANG JARAK UMUR DEKAT

KENAPA?

Sebab boleh pakaikan mereka baju yang sama!haa..macam kembar gitu..huhu, aku suke~~

Aku suka pakaikan Adam dan Adhwa dengan baju, seluar, kasut/selipar yang sama corak atau warna. Nampak macam kembar sebab Adhwa jenis yang tinggi walaupun umur baru 2 tahun 4 bulan, tapi nampak macam 3-4 tahun dah, nampak sebaya dengan Adam. 

Sekarang Adam dah pandai nak pilih pakaian sendiri (anak teruna ibu dah besar!!!). Taknak dah matching dengan Adhwa, nak pilih sendiri walaupun kadang-kadang warnanya tak matching lansung. Lagi parah asyik nak pakai jeans je, tak kira siang atau malam. 

Kalau bab bergaduh, memang pakar budak dua orang ni. Kadang-kadang tak tahu nak marah kat siapa dulu. Adam kuat mengusik...tapi bila Adhwa balas balik, Adam akan menangis tak ingat dunia!. Adhwa jenis yang cool..nanges pun jap je.

Harap Adam dan Adhwa akan jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Hope diorang akan take care of each other bila dah besar nanti.

Feeling older~(T_T)
Thanks sudi baca, dah lama tak hapdet blog..krik..krik..krik, okay bye!

2 comments:

  1. syok nye jann kann..

    aku rasa macam syok gile ada anak. rasa nak beranak lagi. cume kene pikir mase, financial, yadayada. kalau x, aku dah tambah satu lagik. bahahhahahaha

    aku berangan gak nak anak second pmpn taw. tp rase cm anak lelaki second pon best. ada partner die nk buat gadoh.

    hmm.. insyaallah .. doa aku wehhhh.

    hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...doakan jugak aku dapat girl pulak next!hehe..bagi aku time pregnant and beranak tu best..tapi time dlm pantang tu..nk tgggu luka jahitan sembuh dan sembelitttt=(..trauma~

      Delete