6 Sept 2016

Trip ke Pulau kapas

Assalamualaikum~

Siapa pernah ke Pulau Kapas? Aku first time pergi cuti Merdeka haritu.

Selama hidup 28 tahun ni, first time jejak kaki ke Pulau Kapas, walha aku asal dan tinggal di Marang, Terengganu. Kalau nak kira, tak sampai 10 minit jarak rumah aku ke jeti Pulau Kapas..hehe.

Mula-mula cuak juga nak naik bot! aku jenis yang cepat pening..naik kereta pun boleh pening if tak drive sendiri,hehe...tapi aku buat-buat cool je depan adik-adik dan mak ayah aku. So, kami decided nak pergi balik hari je..sebab kalau tidur kat sana pun tak tahu nak buat aktiviti apa malam-malam dengan Adam dan Adhwa. 

**Sebenarnya takut Adhwa atau Adam nanges tidur kat sana, diorang jenis yang susah nak tidur kalau beralih tempat tidur, nak kena bancuh susu Adhwa lagi, macam susah je kan?haha**

Mr.ALM pilih nak naik bot "Mak Cik Gemuk" sebab sepupu dia yang bawa bot tu, kira yakin sikitlah nak naik. Harga tambang bot seperti berikut (pergi & balik):

Dewasa: RM30
Kanak-Kanak: RM15 (<5 tahun FREE!)
**psstttt..aku dapat diskaun Rm10 sebab sepupu..haha**

Kalau korang nak tahu packages atau activities yang ditawarkan, korang boleh click link kat bawah ni:

Dulu resort ni diberi nama Mak Cik Gemok Resort, sekarang dah tukar nama kepada Ombak Kapas Resort. Aku suggest resort ni sebab pada pandangan mata kasar aku selama seharian di Pulau Kapas, resort ni nampak paling bersih dan baru..hehe, macam selesa je walaupun aku tak tengok biliknya. Cafe resort ni sangat simple dan cantik, view betol-betol depan pantai yang membiru~~fuhh..memang layanlah kalau korang jenis yang suka berendam.

So, kalau korang nak ke Pualu Kapas, boleh roger aku...kot dapat diskaun harga tambang bot. Nah, aku belanja gambar-gambar yang aku snap. No filter taw, aku guna Lenovo tab je, memang cantik sangat view kat sana, air jernih amat!!!boleh nampak ikan dan terumbu karang.

Kami naik bot ni, memang best..sebab tak pening!hehe..dalam 10minit je dah sampai kat pulau. Sepupu aku cakap kalau air laut pasang, memang cepat nak sampai sebab air laut dalam, bawa bot layannn~ je. Bot paling awal untuk ke pulau pukul 9.00 pagi, paling lewat pukul 4-4.30 petang. 
Tu jeti kat Pulau Kapas, jeti ni terletak di tengah-tengah..korang boleh pilih nak mandi kat area mana, kiri atau kanan. Kami pilih area sebelah kiri jeti sebab kat situ redup je, tak panas.
Cantik giler air laut kat Pulau Kapas ni, jernih dan sejuk. 
Pasir putih bersih dan halus amat kalau nak compare dengan pasir kat tepi laut biasa
Sampai-sampai je, toki terus pasang umpan untuk Adam dan Adhwa, aku tak sure samada boleh ke tak mancing kat sini, tapi ayah aku cool je baling tali kail..hehe
Adhwa tak sabar nak main air.
Misi memancing dengan toki
Misi mencari ketam dan ikan kat celah-celah batu.
Brotherhood~
Abam Adam
Abam Adam lagi~
Suka sangat main air!
Ehem..tumpang lalu jap =)
Budak kacamata hitam..hehe
Ni nak mandi ke nak amik gambar?
Hasil tangkapan!
Buah nyior pun boleh~
Mr.ALM
Ni berenang ke merangkak abam oi
Tak kisahlah bu, asal nampak macam berenang..haha
Tak habis-habis cari ikan 
Main pasir pulak~
Izinkan kami bergambar ye..hehe
Acah-acah suwittt~
Harap korang tak termuntah tengok gambar-gambar kami...hehe. 

Okay, bye!

*Terima kasih sebab sudi baca*
(^-^)

6 comments:

  1. saya penah pegi pulau kapas tahun lepas.
    Stay di Kapas Coral Beach Resort .. dengan package makan sekali..
    Lauk dia hari2 makan daging liat mcm chewing gum.. aahaha..
    Tapi pantai dia ok la.. cuma x boleh beat pantai di perhentian atau redang yang lagi cantik ..
    Tempat snorkeling di Kapas pun terhad. Harus naik bot padahal boleh jalan kaki .. hehee ..

    Take care.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiki..byk gak dgr ngtive comment tuk kapas coral beach resort,tp xprnh stay lg kt sane..ombak kapas beach resot so far ok lg mknn setakat ni..pulau kapas ni kecik je,kalau ske snorkeling better p.redang or p.perhentian la =)

      Delete
  2. cantik nye jan.

    aku ingat nk g travel ngn #team aku tp mase xde, selain financial yg tight sbb haku pantang nampak offer kat lazada ke ape, gatal je tangan aku. hahahaahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tggu adam besar sikit bru bawak g pulau. Ko mmg hantu online shopping ek..aku dah insap sbb kekangan keewanganggg....hehe
      #team-->aku tgk dr jauh jela sbb xleh masuk team=)

      Delete
    2. bahahahahhahahaha. asal lak.

      aku gile online shopping jan. lagi-lagi barang adam. aritu aiman dah sound dah. sabo je la. tp memang murah pon. ko kalau nak aku suggest port shopping best2, roger jek. hahahahhahaha

      Delete
  3. wssp sya. nk buat famly trip light n easy next year. 0197778304

    ReplyDelete