29 Jun 2016

Kaedah Perancang Keluarga

Assalamualaikum w.b.t.

Morning!!!Alhamdulillah tinggal 6 hari je lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan pergi meninggalkan kita.Sedih...tapi Insha Allah tahun depan jumpa lagi jika panjang umur.


Kali ni nak cerita bab perancang keluarga sebab orang tua cakap mengandung ini ada musim dan berjangkit, sahih atau tidak fakta ini aku tak tahu..hehe.
Macam kat tempat kerja aku sekarang, ada dua orang yang sedang mengandung...3bulan dan 5bulan usia kandungan masing-masing. Tahun lepas sorang,dua tahun lepas aku dan officemate aku..memang haru sebab kat library tu kami dua orang je,dan tarikh deliver beza satu hari je..hahahaha.

Biasanya, selepas lahirkan anak pertama si isteri mula sibuk mencari kaedah perancang keluarga yang sesuai,tidak kurang juga yang tak ambil peduli (macam aku dulu selepas lahirkan Adam). Aku nak nasihat, jangan ambil mudah bab-bab merancang keluarga ni..perlu untuk kesihatan diri sendiri dan juga kesejahteraan rumahtangga. Suami dan isteri perlu berbincang, kalau si isteri je yang beriya-iya..confirm tak jadi...si suami juga memainkan peranan penting..bagi sokongan moral dan keewangan..hehehe.

Aku dulu dengan yakinnya merancang menggunakan kaedah semulajadi selepas lahirkan Adam..hahaha, bukan apa..takut berat badan naik mendadak jika ambil perancang,terpengaruh dengan hasil carian google...hmmm.Kalau jenis yang main belasah je tanpa kira waktu subur ke tak, baik korang batalkan niat untuk try kaedah semulajadi. Macam aku, unexpected 2nd pregnancy (Adhwa),memang tak sangka lansung sebab selepas lahirkan Adam,period aku jadi tak teratur..tetiba je Adhwa dah melekat dalam uterus aku,whaattt!!masa tu memang menangis bucu katil lah sebab kesiankan Adam dah nak dapat adik.

So, kalau tak nak poor spacing in pregnancy macam aku ni baik korang faham betol-betol kaedah perancang keluarga yang ada dan pilih yang terbaik untuk diri sendiri:-

Implan
Boleh google atau youtube untuk tengok kaedahnya, aku tak sanggup sebab jenis takut bab-bab bedah ni


IUCD
Ramai yang guna kaedah ni sebab tak berkaitan dengan hormon


Kondom
Ermmm...yang ni depends on korang punya suami,kalau yang jenis tak berdisiplin,takut main belasah je..haruuu..huhu


Pil perancang 
Aku guna kaedah ni lepas lahirkan Adhwa 2 tahun lepas,mula-mula try Noriday sebab nurse suggest kalau taknak kering susu badan,selepas wean off breastfeeding,aku try Yasmin sampai sekarang...ok je,just berat badan naik sikit...sikit je...uwaaaaa


Suntikan hormon 
Aku takut jarum,so reject awal-awal


Kaedah semulajadi 
Yang ni no komen,orang yang expert je boleh try,yang tak expert..step back please..haha



Semua kaedah yang disenaraikan itu akan bagi kesan sampingan kepada kita, si isteri kecuali kaedah semulajadi dan penggunaan kondom.

Contoh kesan sampingan:-

  • Berat badan naik mendadak (perubahan hormon)
  • Kesan pada kulit (jerawat,tapi kalau guna pil yasmin insha Allah jerawat tak berani naik)
  • Kitaran haid terganggu (lain orang lain kesannya,aku ok je period teratur je)
  • Sakit/lenguh badan (pinggang,kepala dan macam kalau tak ngam)
  • Perubahan emosi (yang ni memang betol!)


Masa mula-mula try pil perancang ni memang rasa lain macam, mood jadi ting-tong..asyik nak marah je bila period..hehehe,sampai MrALM  cakap:

"kalau period,tak sah kalau tak marah-marah" 

hahhahaa..memang..aku pun pelik,kadang rasa loya dan pening macam alahan mengadung tu..tapi lama-lama dah ngam,okay je!=)

Okay,selamat mencuba dan beramal dengan kaedah-kaedah perancang keluarga ni kalau rasa sesuai.

Thanks kalau ada yang sudi baca..hehehe,bye!

5 comments:

  1. wehhh, aku baru nk up pasal benda nih.
    hahahhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,xpe..ko up je..boleh share pendapat masing2..ko merancang x?ke belasah je?hehehe

      Delete
    2. belasah je.

      hahahahahahaha

      Delete
  2. Good entri. Siqah masih belum ada rezeki anak. So takdelah merancang apa :)

    Btw, salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jugak..xpe, rezeki Allah itu luas..jgn putus asa k!=)

      Delete