30 Jun 2016

Tabiat Hisap Jari

Assalamualaikum w.b.t

Ehem, gigih tulis entry hari-hari..hahaha..moga aku  istiqomah.
Siapa ada anak yang suka hisap jari angkat tangan!ooo..ramai jugak, so aku tak keseorangan lah dalam hal ini..haha (ayat sedapkan hati sendiri).

Aku terbaca satu artikel berkaitan "Stop Thumb Sucking!" dalam majalah HealthToday edisi Mei 2016.Sentap juga baca artikel tu sebab terasa bersalah sangat sebab biarkan Adam hisap jari dari kecik sampai sekarang!4tahun...macam-macam kaedah aku dah cuba untuk stop Adam daripada hisap 2 jari dia, jari telunjuk dan jari tengah  (T-----T)

TAPI TAK BERJAYA


Adam tengah layan~~

Adam dan giginya + air liur..hehe
Menurut artikel dalam majalah tu, kebanyakkan kanak-kanak akan berhenti tabiat menghisap jari sebelum umur 5 tahun sebab mereka malu dengan rakan-rakan di sekolah. 

Betol, aku sokong sebab Adam memang tak hisap jari kat sekolah (aku selidik dengan cikgu Adam)…tapi, "kain lampin busuk" dia wajib bawa letak dalam beg. Tiap-tiap pagi bila hantar ke sekolah, dalam kereta memang Adam hisap jari, package sekali dengan "kain lampin busuk" dia selit celah tangan. Sampai je kat sekolah, Adam akan suruh letak "kain lampin busuk" dia kat dalam beg dan automatik tak hisap jari.

So, aku dan Mr.ALM dah pernah try, kami sembunyikan kain lampin busuk dia.

Apa korang rasa Adam buat? Apa lagi, meraung dan menangis lah cari kain lampin busuk dia…hmmmm, aku jenis yang tak tahan dengar Adam nangis....naluri seorang ibu…hehehe, aku bagi balik la "kain lampin busuk" dia.

 Ye..tahu..aku perlu tegas,tapiiii….tak larat weh kalau hari-hari dengar Adam menangis. Ini semua salah Mr. ALM,kononnya taknak ajar Adam hisap pacifier atau puting, takut rosak gigi. So, dari kecik Adam dah dibiarkan hisap jari.



Kalau anak korang yang jenis suka hisap jari/tangan, hisap baju atau kain..please..jangan biarkan dia syok sendiri…bagi pendapat aku, better bagi hisap pacifier sebab kita memang tak boleh halang naluri menghisap tu.

Belajar daripada pengalaman sendiri, anak ke-2 aku, Adhwa kami bagi hisap pacifier dari kecik…dan alhamdulillah tak sampai umur setahun lebih, Adhwa dah tak hisap pacifier. Senang je, kami buang semua pacifier dan cakap kat Adhwa pacifier dia hilang, mula-mula Adhwa menangis juga..tapi tak lama. 


Adhwa 

TAPI

Kalau yang jenis hisap jari ni susah, sebab ianya anggota badan..tak boleh main buang-buang..haha. 

Semoga entry ini memberi manfaat kepada yang sudi membacanya.

(^-^)
proudmom




29 Jun 2016

Kaedah Perancang Keluarga

Assalamualaikum w.b.t.

Morning!!!Alhamdulillah tinggal 6 hari je lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan pergi meninggalkan kita.Sedih...tapi Insha Allah tahun depan jumpa lagi jika panjang umur.


Kali ni nak cerita bab perancang keluarga sebab orang tua cakap mengandung ini ada musim dan berjangkit, sahih atau tidak fakta ini aku tak tahu..hehe.
Macam kat tempat kerja aku sekarang, ada dua orang yang sedang mengandung...3bulan dan 5bulan usia kandungan masing-masing. Tahun lepas sorang,dua tahun lepas aku dan officemate aku..memang haru sebab kat library tu kami dua orang je,dan tarikh deliver beza satu hari je..hahahaha.

Biasanya, selepas lahirkan anak pertama si isteri mula sibuk mencari kaedah perancang keluarga yang sesuai,tidak kurang juga yang tak ambil peduli (macam aku dulu selepas lahirkan Adam). Aku nak nasihat, jangan ambil mudah bab-bab merancang keluarga ni..perlu untuk kesihatan diri sendiri dan juga kesejahteraan rumahtangga. Suami dan isteri perlu berbincang, kalau si isteri je yang beriya-iya..confirm tak jadi...si suami juga memainkan peranan penting..bagi sokongan moral dan keewangan..hehehe.

Aku dulu dengan yakinnya merancang menggunakan kaedah semulajadi selepas lahirkan Adam..hahaha, bukan apa..takut berat badan naik mendadak jika ambil perancang,terpengaruh dengan hasil carian google...hmmm.Kalau jenis yang main belasah je tanpa kira waktu subur ke tak, baik korang batalkan niat untuk try kaedah semulajadi. Macam aku, unexpected 2nd pregnancy (Adhwa),memang tak sangka lansung sebab selepas lahirkan Adam,period aku jadi tak teratur..tetiba je Adhwa dah melekat dalam uterus aku,whaattt!!masa tu memang menangis bucu katil lah sebab kesiankan Adam dah nak dapat adik.

So, kalau tak nak poor spacing in pregnancy macam aku ni baik korang faham betol-betol kaedah perancang keluarga yang ada dan pilih yang terbaik untuk diri sendiri:-

Implan
Boleh google atau youtube untuk tengok kaedahnya, aku tak sanggup sebab jenis takut bab-bab bedah ni


IUCD
Ramai yang guna kaedah ni sebab tak berkaitan dengan hormon


Kondom
Ermmm...yang ni depends on korang punya suami,kalau yang jenis tak berdisiplin,takut main belasah je..haruuu..huhu


Pil perancang 
Aku guna kaedah ni lepas lahirkan Adhwa 2 tahun lepas,mula-mula try Noriday sebab nurse suggest kalau taknak kering susu badan,selepas wean off breastfeeding,aku try Yasmin sampai sekarang...ok je,just berat badan naik sikit...sikit je...uwaaaaa


Suntikan hormon 
Aku takut jarum,so reject awal-awal


Kaedah semulajadi 
Yang ni no komen,orang yang expert je boleh try,yang tak expert..step back please..haha



Semua kaedah yang disenaraikan itu akan bagi kesan sampingan kepada kita, si isteri kecuali kaedah semulajadi dan penggunaan kondom.

Contoh kesan sampingan:-

  • Berat badan naik mendadak (perubahan hormon)
  • Kesan pada kulit (jerawat,tapi kalau guna pil yasmin insha Allah jerawat tak berani naik)
  • Kitaran haid terganggu (lain orang lain kesannya,aku ok je period teratur je)
  • Sakit/lenguh badan (pinggang,kepala dan macam kalau tak ngam)
  • Perubahan emosi (yang ni memang betol!)


Masa mula-mula try pil perancang ni memang rasa lain macam, mood jadi ting-tong..asyik nak marah je bila period..hehehe,sampai MrALM  cakap:

"kalau period,tak sah kalau tak marah-marah" 

hahhahaa..memang..aku pun pelik,kadang rasa loya dan pening macam alahan mengadung tu..tapi lama-lama dah ngam,okay je!=)

Okay,selamat mencuba dan beramal dengan kaedah-kaedah perancang keluarga ni kalau rasa sesuai.

Thanks kalau ada yang sudi baca..hehehe,bye!

13 Jun 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu lah ada ke tak orang sudi jawab salam aku nih..hehe, sebab aku xde follower..tulis blog ni just untuk suka-suka (padahal xreti nak cari follower..hahahhaa). 

Alhamdulillah..syukur sangat sebab Allah masih bagi kesempatan untuk aku menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Yeayyyyy!!!


 Tarikh mula puasa pada tahun ni jatuh pada 06.06.2016 (HARI ISNIN), cantik je tarikhnye kan..so, selamat berpuasa semua!!!

*Actually, time aku tulis entry ni dah masuk hari ke-8 puasa, #throwback....krik3


Lepak kt westerngggg cafe lagi

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak makan kt luar..malam ni sempat lepak kt @westernggg.cafe jap selepas balik daripada beli barang2 rumah kt Sabasun (rasanya kat Terengganu je kot ada HyperMart nih..hak milik muslim)

Macam biasa aku akan order carbonara spagetti tuk aku, memang sedapppp!!!

Lepas tu terasa nak try salmon grilled plak, tapi xsedap sangat sebab rasa salmon tu xfresh...xsama macam Jamie Oliver masak! hehe
 

  Air plak aku order air lemon+daun pudina tuk hilangkan rasa xbest salmon tadi. Tuk Adam aku order spaghetti bolognese dan jus epal. Tapi xsempat nak snap sebab Adam marah amik gambar makanan die...krik3 =(



Kenyang sampai tertido dalam kereta, ohh..lupa, Mr. ALM dan anak aku yang seorang lagi, Adhwa pn join gak..hehe,tapi xde dalam gambar..masing-masing sibuk nak makan je..geramm...menci taw..tapiii..hmmm..diorang xlayan aku.

k bye. 

*okay..ni pun entry lama..dah berkusam duk dalam draft..so aku publish je..xpe kan???hehehe