11 Dec 2016

Suamiku Encik Tak Perfect

Assalamualaikum w.b.t

Sumber: Google
Tadi terbaca post kawan aku di fb berkaitan hal perkahwinan. Seakan dia sedang bersedih. Rasa pelik dan ingin tahu kerana dia baru sahaja habis pantang selepas melahirkan seorang putera. Entah, aku tak tahu apa masalah dia, tapi...hanya tinggal gambar dia bersama anaknya, tiada lagi gambar si suami. Aku hanya boleh bagi kata-kata semangat untuk dia terus berjuang demi anaknya yang tercinta.

Hmmm..ini bukan kali pertama, sebelum ni dah ada kawan-kawan aku yang mengalami masalah sama, biasanya terjadi penceraian selepas melahirkan anak. Aku tak faham, kenapa si suami begitu kejam? 

Alhamdulillah, 25.11.2011-25.11.2016 genap 5 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tercinta walaupun sentiasa diuji dengan bermacam ujian, Alhamdulillah..masih teguh bertahan...Insha Allah hingga ke Jannah, Ameen. 

Aku jenis yang kuat merajuk sampai suami aku dah malas nak pujuk, dia buat derkk je..haha.Tapi yang pasti kena berterus-terang jika ada masalah ke, ada benda yang korang tak puas hati ke..sebab aku rasa lelaki ni memang TAKKAN FAHAM maksud tersirat atau pun yang tersurat. Kita kena briefly explain kat diorang apa yang kita tak suka or apa masalahnya. 

So, masalah akan selesai dengan cepat, kalau tak..si isteri je yang beriya makan hati berulamkan jantung pisang, si suami blurrrr..tak tahu punca!hahaha.Terimalah kekurangan masing-masing sebagai satu "KESEMPURNAAN" dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan akan mengajar kita untuk redha, sabar dan memaafkan. 

Orang Tua-Tua Kata:

Fasa 1: 5 Tahun Perkahwinan
Sentiasa di uji dengan kesempitan dan kekurangan harta. Ada je yang tak cukup, kena banyak bersabar.

Fasa 2: Masuk 10 TAhun Perkahwinan
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Fasa 3: Masuk 15 Tahun Perkahwinan
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala aspek.

Ni orang tua-tua cakap, nak percaya atau tidak terpulanglah. Tapi bagi aku, elok je sebab boleh bagi sinar harapan!hehehe..tak sabar nak ke arah fasa 2 ni..moga cepat kaya,boleh?hahaha.

Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak dan suami tercinta sehingga ke Syurga. Okay, bye~

30 Nov 2016

Terjebak~

Assalamualaikum w.b.t~

I'm back!cewah..haha..sibuk amat sekarang sebab kena buat 2 kerja, kalau dulu boleh lepak sambil buat kerja dan layan cerita korea..hehe. Sekarang? rasa macam semput je.

Okay, nak share pasal aku terjebak dengan adik aku. Memang dah lama niat nak tukar spek mata baru sebab yang lama dah calar-balar (betul ke kosa kata ni). So, suatu petang adik aku ajak pergi jalan-jalan kat mall, sambil Adam dan Adhwa duk meraung tarik baju aku..motif nak ajak ibu ke kedai mainan.Parah budak-budak ni.Haishhh~

Seller kedai spek mata tu cakap sekarang tengah sale dan kalau beli untuk 2 orang, boleh bagi diskaun lagi. Adik aku laju je pilih design yang dia berkenan. Aku pulak sibuk bersilat dengan Adam dan Adhwa. So, dalam keadaan yang tak berapa nak waras, aku pilih spek mata yang lebih kurang sama dengan adik aku, jenis frame bulat.


Sebab aku tengok adik aku pakai okay je, tapi bila aku pakai cenggini jadinya!hahaha. Malu-malu kucing gak la bila nak pakai spek baru ni gi kerja, sebab sebelum ni biasa pakai frame petak. 

Zam cakap macam orang tua je..haipp!berani dia cakap bini dia camtu ek, tak sedar ke yang I lebih muda 7 tahun~~**sambil flip shawl

Okay,bye~