18 Aug 2016

Si Cemerlang & Si Gagal



Assalamualaikum w.b.t~

"Every morning we are born again
What we do today is what matters most"


Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. 
Tidak terkecuali AKU. 
Apa yang membezakan antara si cemerlang dengan si gagal?
 Si cemerlang menemui kembali jalan yang lurus.
Si gagal akan terus berada di jalan yang salah, 
dan tak mahu menemui mana-mana ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

"Setiap kamu bersalah...sebaik yang bersalah adalah yang kembali"

AYUH KEMBALI

KESEDARAN perlu terus dipupuk.
Racunnya adalah LUPA.
Tenaganya pula ialah PERINGATAN dan PENGAJARAN.

[PROUDMOM]

17 Aug 2016

SABAR


Assalamualaikum~

Selepas solat subuh pagi tadi, macam biasa aku akan sediakan beg Adam dan Adhwa. Adam akan ke taska manakala Adhwa akan ke rumah pengasuh. Biasanya, diorang akan bangun pada pukul 8.00 pagi. Nasib aku kerja pukul 8.30 pagi, ngam-ngam kalau diorang tak buat perangai.

Alhamdullilah, dah 2 minggu Adam willing nak mandi ke sekolah, biasa memang liat amat nak mandi. 

TAPI

Hanya terhad dua kali siram je kepala dia, sambil buat muka sejuuukkkkkk!
Kadang just cuci muka dan bontot dia je,haha...ops!lupa..jari dua batang tu pun biasa aku akan cuci..kalau tak, memang bau air liur basi.

Adhwa pula asyik menangis je tak nak ke rumah pengasuh.Kadang-kadang kesian juga tengok dia menangis, tapi apakan daya, ibu perlu kerja sayang.

(T_T)

Pagi ni Adam buat hal taknak mandi dalam bilik air, korang tahu dia nak mandi kat mana? Adam nak mandi kat paip luar rumah tu.

SABAR

Aku layankan aje, sambil selit-selit shawl takut terkena air (Aku dah siap-siap nak gi kerja).
Lepas tu Adhwa nampak Adam mandi kat situ...ko rasa?Kompemlah Adhwa pun nak join sama. 

GERAM

Sebab takut lambat nak gi kerja, dah pukul 8.15 pagi!

SABAR LAGI

Aku mandikan juga Adhwa, sibuk pula nak pegang getah paip air, nak siram pokok bunga katanya. Adoi~~

SEPARUH SABAR

Diam-diam aku pukul kecil bontot Adhwa, Adhwa pandang aku dan....

SENYUM

Aku terkedu

"Ya Allah...
Ampunkan Aku..."

Sesungguhnya, Adhwa hanya perlukan sedikit lagi masa dengan aku...dan juga perhatian sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

TERUS INSAF!

(T_T)

Korang...kalau korang ada anak-anak kecil macam aku, tambahan dua-dua lelaki...
tolong SABAR dengan kerenah mereka ya.

Jom sama-sama perbaiki diri sendiri untuk menjadi seorang ibu atau bapa yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Terima kasih kerana sudi baca entry ni, terharuuu..=)