20 Mar 2017

MAT SIPUT

Assalamualaikum w.b.t~

Throwback cerita hari jumaat baru ni (weekend for orang ganu/pantai timur)


"arini cuti ke bu?"

"ye...cuti"

Sengeh je manjang bila cuti...sebab ibu tak hantar ke rumah babysitter.Tapi bila ibu cakap ibu kerja, maka drama air mata akan bermula..yang paling tak best adalah Adhwa akan bergayut kat kaki ibu sampai sudahhh!hahaha

Nak belit shawl pun serabut..hehe, senget-benget jadinya!

Adam dah cool sikit sebab dah besar, 5 tahun dan sekolah pun sampai pukul 12.30pm je. Lepas tu..toki ambil dan bawa balik rumah tok dan toki, boleh main-main or ikut gi kebun (hitam legam dah anak ibu) T_T. 

So, pagi jumaat baru ni dua-dua bangun awal. Sebab TV kat rumah dah 2 minggu rosak! (nanti aku update kat sini pasal tv tu). So, masing-masing tidur awal dan bangun awal..ermm, bagus jugak sebenarnya kan?

Tengah duk syok kacau mee goreng, Adam dan Adhwa datang berlari-lari sambil bawa sesuatu kat tangan masing-masing.

"ibu, cer buka...abang nak main"

"dekwa pun nak main gop"

Dalam hati:

"Ehh..jumpa pulak playdoh ni, kemain ibu simpan" 

"aishhh..nak bagi main ke tak?"

Sebab bangzam memang tak gemar kalau budak-budak ni main playdoh..nanti melekat kat lantai.

"Okay-okay, jap lagi kite main same2 ye"

Ahhh..sudah,huhu...biarlah..hari cuti je boleh spend time dengan anak-anak kan? Rumah kotor or sepah, boleh kemas balik..hehe. So, ni aktiviti kami 3 beranak.

COMEL TAK???

4 ekor siput & sejambak bunga ros

Mat siput
Adam suruh ibu buat ikan paus..ermm..ke ikan jerung ni?
Playdoh ni bagus untuk anak-anak supaya be creative and easy to shape. Tapi rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 1 atau 2 tahun..sebab warnanya amat menarik perhatian..bau pun boleh tahan wangi..sekali pandang rasa macam nak makan jek!hehe



Itu je...just nak share aktiviti kami waktu cuti. Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti yang best boleh kita buat kat rumah dengan anak-anak, tak perlu pergi jauh-jauh pun..bercuti kat rumah je pun boleh jadi bestttt..if pandai luangkan masa dengan anak-anak.

Moh sama-sama jadikan waktu cuti sekolah ni sebagai peluang untuk kita lebih kenal anak-anak kita. Yela kan, kalau hari kerja, turun pagi..petang or malam baru balik. Itu pun kalau anak-anak belum tidur..kalau dah tidur??

Okay, thanks sudi singgah kat my belog!

No comments:

Post a Comment