26 Mar 2017

KISAH ADHWA DAN TANDAS


Assalamualaikum w.b.t~

Lupa nak share entry ni. Sekarang Adhwa dah 3 tahun 1 bulan. Dah tak pakai diapers siang atau malam. Jimat!hehe

Tapi, just nak up sini jugak untuk future reference =)


Selamat pagi! Moga Allah S.W.T memudahkan segala urusan kita pada hari ini. Hari ini aku nak share pengalaman "potty train" Adhwa. Adam dah lulus dengan cemerlang masa umur 3 tahun. Adam dah 5 tahun, dia dah boleh berdikari..just kena make sure dia cuci betol-betol je sebab aku still was-was nak biar dia cuci sendiri.

Malam tadi Adhwa ugut nak membuang atas katil! Korang rasa?kelam kabut aku dibuatnya..haha. Al-kisahnya dah nak cukup sebulan aku potty train si Adhwa ni. Alhamdulillah, setakat ni okay lagi sebab tak ada kes "besar", setakat buang air kecil tak sempat nak bagi tahu tu aku dah kalih.

Adhwa dah 2 tahun 10 bulan, kalau ikutkan agak lambat la aku train dia if nak compare dengan orang lain. Ada yang dah train anak diorang masa umur 1 tahun lebih, tu aku respect!hehe. Same kes dengan Adam dulu..umur nak masuk 3 tahun baru lulus potty train.

Okay, korang boleh tahu bila anak-anak korang dah bersedia atau tidak. 

Contoh:

1-Anak korang dah boleh bagi tahu yang diorang nak terkencing-maknanya dorang dah boleh rasa "perasaan" itu

ATAU

2-Anak korang dengan sendirinya nak kencing dalam tandas walaupun dia dah pakai diapers.

Pendek kata, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk potty train!!yeayy~~

For Adhwa, he willing to use toilet after my sister-in-law said:

"ee..dekwa kan dah besar, kenapa pakai pampers lagi"
"baby mak ngah je boleh pakai sebab kecik lagi"

Adhwa be like shy-shy je. But trust me not, after that Adhwa will inform me if he want to pee and I cepat-cepat bawa ke toilet. So, from that moment..I slowly teach him.

1) Lihat dan Belajar
Bagi yang bergelar mak-mak, korang mesti dah biase if anak-anak ketuk pintu bilik air time ko tengah syok mandi or membuang, lepas tu anak-anak cakap nak join mandi sekali...sudahhhh,rasa nak marah pun ada kan? Sebab time husband korang, takde pulak diorang nak kacau kan? So, let them learn from observation. Tapiii..aurat still perlu jaga even depan anak-anak hokay?hehe

2) Beli Alat Bantu
Boleh belikan anak-anak pelapik tandas yang comel-comel untuk menarik minat diorang. Aku beli kat Mr. DIY je time nak potty train Adam, tapi just guna sekejap...sebab Adam lebih prefer guna tandas cangkung. Adhwa memang tak guna langsung, even try letak atas tandas duduk tu pun..tak kan keluar "hajat"..haha, diorang lebih selesa guna tandas cangkung.

3) Jangan Cepat Nak Marah
Jangan terlalu memaksa. Make sure selalu tanya "adik nak kencing ke" dan jangan marah if mereka terbabas terkencing dalam seluar. Just relex and take a depth breath..and pergi ambil mop lap..haha, dan cakap dengan diorang macam ni:

 "takpe,ibu tak marah pun" 
 "kenapa adik kecing tak bagi tahu ibu" 
"nanti nak kencing lagi bagitahu ibu taw"

So, kompem anak-anak akan tersengeh je and janji nak guna tandas..just be a cool mom!

4) Beri Hadiah 
Yang paling best boleh belikan diorang underwear yang comel-comel. Contoh kalau anak korang minat cartoon, beli la underwear yang ada gambar cartoon. If minat haiwan,carik jugak at least 1 helai pun jadi yang menepati citarasa mereka.

5) Set Masa/ Jadual
Aku tak buat jadual pun, just mula-mula memang akan kerap tanya 

 "adik nak kencing ke?" 

Sampai kadang-kadang Adhwa rasa stress dan nak marah..hehe, sebab dia tak nak kencing pun time aku duk tanya-tanya tu. Aku dua-dua anak lelaki, so kalau anak lelaki ni aku perasan bila diorang duk pegang-pegang bird2 tu kompem nak kencing la tuuu..kadang diorang tak biasa sebab rasa "bebas" kot tak pakai diapers.

6) Temankan Anak-Anak
Dua-dua takut jatuh dalam lubang tandas,haha..memang lawak. Baik Adam mahupun Adhwa, dua-dua suruh ibu teman dan pegang tangan tiap kali nk membuang. Ibu pun hadap jela..bau yang best tu sekali sampai diorang sudah.

Kalau betol-betol istiqomah nak ajar anak untuk potty train, Inshaallah..tak sampai sebulan pun akan berjaya. Izinkan aku share pengalaman yang tak seberapa ni, baru anak 2. Kalu korang rasa nak ikut, ikut la..masing-masing ada cara tersendiri kan? 

Thank you sudi jenguk sini taw. Bye~

No comments:

Post a Comment