Aku memang follow Dr Hamid Arshat, seorang doctor pakar
O&G sebab banyak ilmu yang bermanfaat atau tips yang berguna. Hari ni nak
share panduan yang dikongsi oleh beliau untuk kejayaan dan kebahagian hidup.
Harap baca sampai habis walaupun semput nafas!hehe...dan sama-sama kita amalkan, Insha Allah.
1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat
kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar
an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit.
Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
2. Bangun awal.
Bangun jam 5 pagi. Set loceng jam atau radio alarm setiap pagi. Lama-lama akan terjaga dengan sendirinya. Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da
amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum
ketandas. Kejutkan isteri atau suami. Solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil
arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum solat
subuh. Sempurnakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain.
3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan
untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Makan buah-buahan (cth: 3 biji kurma) dan seterusnya
2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping
roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug atau minuman yang boleh membekalkan tenaga. Kurangkan makan tengah hari dan
malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.
4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan, makan supplemen2 vitamin2 dan
antioxidants. Walau pun kita banyak makan buah2 dan sayur2,perlu juga supplemen2 tersebut.
5. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Pilih kerjaya yang diminati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja
seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Gembira melakukannya kerana akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki kita dan jadikan ibadah untuk bekalan diakhirat kelak.
6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan
kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf,
berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
7. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat
dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut
nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus
keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen
dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus
pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih
baikki aliran darah dan kekuatan jantung.
8. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua
idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam
satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan
tindakan demi untuk mencapai cita2.
9. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan
pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek
dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih
besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan
pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan
selama2.
10. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting
membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta
fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber
khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
11. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu
biasanya mencukupi. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu
tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak
rancangan talivisyen atau bermain video games.
12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti
jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang
mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter
sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam. Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau
nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel debgan madu.
13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat
kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal
pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi
pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
14. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan
jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.
15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan -
nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup.
Tunaikan hak dan perintah Allah.
16. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas
kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu
sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang
lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
17. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan
mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun
tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.
18. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar
berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain.
Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.
19. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih
menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba
memberi penjelasan.
21. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap
aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
22. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully
atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ;
sentiasa berzikir dan berselawat.
23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan
'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita
tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
24. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang
lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2
yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2
lain dan dalaman kita tidak ketahui.
25. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup.
Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
26. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan
berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi
baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan
Allah; berusaha dan tawakkal.
27. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri
makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut
kemampuan dan kaedaan.
28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah.
Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar
ganjarannya.
29. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu
ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan
dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran,
tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri.
'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan
ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk
menandakan kita ikhlas dan mesra.
31. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama
ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari
waktu yang ditetapkan.
32. Bijak mengurus kewangan.
Bat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan
yang dikunci seperti tabung haji atau simpanan yang lain. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup
cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan
nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat
panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka
masih hidup.
RUMUSAN:
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.
Yeahhhh! korang memang ohsem sebab baca sampai habis!hehe.
Harap dapat kongsi info ni dan sama-sama kita amalkan untuk menjadi seorang yang lebih berjaya pada tahun 2017. Ameen~TQ,Bye!
Banyaknya.. 😄 in sya Allah..
ReplyDeletehttp://www.reenri.com
jenuh nak bace kn reen..hehe
Deletebunyik simple tp payah jan. contoh mcm tenang on the road. payah sebenarnye tu. hoho
ReplyDeletememang payah wehh..bru je tadi aku hon kete yg bwk slow tp duk line kanan..
DeleteTiga hari baru boleh hafal.
ReplyDeleteHari ke empat lupa.
Tiga hari baru boleh hafal.
ReplyDeleteHari ke empat lupa.