Assalamualaikum w.b.t
Majlis ni dah lama berlangsung, 21 Oktober 2016 haritu..tapi baru nak up kat sini untuk buat kenangan bila tua nanti. Harap Adam dan Adhwa baca blog ibu ni bila dah besar nanti ye =). Ni kira majlis graduasi untuk Adam dan kawan-kawannya yang berumur 4 tahun, final year kat Taska la ni..hehe.
Sebagai seorang ibu, rasa bangga sangat bila tengok Adam naik pentas terima hadiah dan buat persembahan dengan kawan-kawan. Korang yang ada anak pun mesti pernah rasa heaven gila bila anak boleh cakap atau sebut "mamama" or "papapa". Apatah lagi bila dengar anak boleh hafaz surah-surah lazim. Sungguh, aku cuba untuk menjadi ibu yang terbaik, tapi masa bersama anak-anak amatlah limited kerana urusan kerja. Keluar pagi, balik petang..pukul 9.30 malam/10.00 malam anak-anak dah masuk tidur. Syukur dan amat berterima kasih kepada guru-guru di TPKM yang sudi mengasuh dan mengajar Adam ABC, 123, mengaji..berdikari.
TERIMA KASIH CIKGU!
"Maka Nikmat Tuhan Mu Yang Manakah yang Kau Dustakan"?
(Ar-Rahman)
Nik, Adam, Abg Am & Amar |
Adam malu sebab ada gegirl kiri kanan..hehe |
Kalah jubah ibu time konvo UiTM..haha |
Adam muka Blur tak sudahhh..haha
Ibu tersengih je tengok Adam buat persembahan..ohsem!
(walaupun tak ikut gerak tari...bhahhahaha)
Kepada ibu-ibu diluar sana, KAGUMLAH dengan anak-anak anda walaupun orang cakap:
"ekeleh..itu pun nak share ke? itu pun nak tunjuk ke?"
JAWAPANNYA:
Ada aku kesah?haha...selagi korang yang bukan jenis suka membandingkan anak korang dengan anak member korang =)
Thanks sudi baca~(^_^)
Bye!
alaa comel2.. salam kenal...
ReplyDeletehi, thanks sudi singgah..salam kenal. Done follow ur blog..=)
DeleteAlhamdulillah adam dah grad yg 4 tahun ye..anak sy baru2 ni grad 6 tahun.. memang bangga tengok anak2..sikit demi sedikit depa tunjukkan peningkatan.. syukur sangat.. comel ja depa semua... hehe
ReplyDeleteBetol tu atie..cepat sgt kan diorang membesar..sedih pulak rase..hehe
Delete