Assalamualaikum
w.b.t
Hi, korang
dah ganti puasa belom?dah Puasa Enam?Haa..nak cerita, malam tadi sambil tengok tv
duk borak-borak dengan Mr.ALM. Korang pernah terfikir atau tertanya-tanya tak
samada boleh combine puasa enam dengan puasa ganti dalam satu hari ke
tidak?haa..aku cakap boleh je combine tapi Mr.ALM cakap tak boleh, mesti buat
lain-lain. Mr.ALM siap suruh aku baca blog Dr. Maza dan Dr. Abu Anas Madani, lepas
tu buat perbandingan…and I was like,huh??malasnye nak baca..hahaha.
TAPI.....AKU BACA JUGA (T-T)
So, hari
ni nak share apa yang aku faham selepas baca blog diorang:
1. Bolehkah menggabungkan puasa qadha dan puasa
enam?
Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Persoalan ini berlaku khilaf di
kalangan ulama’, sebahagiannya berpendapat bahawa tidak boleh mencampurkan niat puasa
sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain,
sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah (fardhu dan sunat).
Jawapan Dr. MAZA:-
Yang terbaik seseorang
yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian)
Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak
berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan
itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunaikan keduanya, cuma tidak
berdasar susunan sahaja.
2. Adakah ganjaran puasa enam tetap diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha dalam bulan Syawal?
Jawapan Dr. Abu Anas Madani:-
Tidak, ini kerana kita tidak memenuhi maksud hadis:
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari
dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)
Kita perlu menyempurnakan puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam.
Jawapan Dr. MAZA:-
Berasaskan hadis tersebut, maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan
dua perkara:
Pertama, berpuasa pada bulan Ramadan.
Kedua, berpuasa enam hari
pada Bulan Syawwal.
Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya,
jika dia hanya berpuasa Ramadhan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia
tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari
pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadhan, maka dia juga tidak
memperolehi fadilat ini.
Nota Tangan:
*korang boleh compare lagi dengan mana-mana sumber sahih, aku jenis yang malas nak baca banyak-banyak (T--T)
*So, aku rasa lebih elok sekiranya Puasa Qadha (ganti) DAHULU cepat-cepat, lepas tu boleh disambung dengan Puasa Enam. Makna kata, kalau korang tinggal puasa 15 hari, ganti dulu yang 15 hari tu, lepas tu tambah 6 hari, total= 21 hari!!! (^-^)
Ehemmm...terima kasih sebab sudi baca, harap boleh memberi manfaat =)
kan.. dulu aku ingat boleh combine.
ReplyDeletekann..aku dulu pn ganti puasa dan igt boleh pahala puasa enam skali if ganti dlm bln syawal..hehe
DeleteThanks perkongsian ya
ReplyDeletesama2 =)
Delete