26 Mar 2017

KISAH ADHWA DAN TANDAS


Assalamualaikum w.b.t~

Lupa nak share entry ni. Sekarang Adhwa dah 3 tahun 1 bulan. Dah tak pakai diapers siang atau malam. Jimat!hehe

Tapi, just nak up sini jugak untuk future reference =)


Selamat pagi! Moga Allah S.W.T memudahkan segala urusan kita pada hari ini. Hari ini aku nak share pengalaman "potty train" Adhwa. Adam dah lulus dengan cemerlang masa umur 3 tahun. Adam dah 5 tahun, dia dah boleh berdikari..just kena make sure dia cuci betol-betol je sebab aku still was-was nak biar dia cuci sendiri.

Malam tadi Adhwa ugut nak membuang atas katil! Korang rasa?kelam kabut aku dibuatnya..haha. Al-kisahnya dah nak cukup sebulan aku potty train si Adhwa ni. Alhamdulillah, setakat ni okay lagi sebab tak ada kes "besar", setakat buang air kecil tak sempat nak bagi tahu tu aku dah kalih.

Adhwa dah 2 tahun 10 bulan, kalau ikutkan agak lambat la aku train dia if nak compare dengan orang lain. Ada yang dah train anak diorang masa umur 1 tahun lebih, tu aku respect!hehe. Same kes dengan Adam dulu..umur nak masuk 3 tahun baru lulus potty train.

Okay, korang boleh tahu bila anak-anak korang dah bersedia atau tidak. 

Contoh:

1-Anak korang dah boleh bagi tahu yang diorang nak terkencing-maknanya dorang dah boleh rasa "perasaan" itu

ATAU

2-Anak korang dengan sendirinya nak kencing dalam tandas walaupun dia dah pakai diapers.

Pendek kata, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk potty train!!yeayy~~

For Adhwa, he willing to use toilet after my sister-in-law said:

"ee..dekwa kan dah besar, kenapa pakai pampers lagi"
"baby mak ngah je boleh pakai sebab kecik lagi"

Adhwa be like shy-shy je. But trust me not, after that Adhwa will inform me if he want to pee and I cepat-cepat bawa ke toilet. So, from that moment..I slowly teach him.

1) Lihat dan Belajar
Bagi yang bergelar mak-mak, korang mesti dah biase if anak-anak ketuk pintu bilik air time ko tengah syok mandi or membuang, lepas tu anak-anak cakap nak join mandi sekali...sudahhhh,rasa nak marah pun ada kan? Sebab time husband korang, takde pulak diorang nak kacau kan? So, let them learn from observation. Tapiii..aurat still perlu jaga even depan anak-anak hokay?hehe

2) Beli Alat Bantu
Boleh belikan anak-anak pelapik tandas yang comel-comel untuk menarik minat diorang. Aku beli kat Mr. DIY je time nak potty train Adam, tapi just guna sekejap...sebab Adam lebih prefer guna tandas cangkung. Adhwa memang tak guna langsung, even try letak atas tandas duduk tu pun..tak kan keluar "hajat"..haha, diorang lebih selesa guna tandas cangkung.

3) Jangan Cepat Nak Marah
Jangan terlalu memaksa. Make sure selalu tanya "adik nak kencing ke" dan jangan marah if mereka terbabas terkencing dalam seluar. Just relex and take a depth breath..and pergi ambil mop lap..haha, dan cakap dengan diorang macam ni:

 "takpe,ibu tak marah pun" 
 "kenapa adik kecing tak bagi tahu ibu" 
"nanti nak kencing lagi bagitahu ibu taw"

So, kompem anak-anak akan tersengeh je and janji nak guna tandas..just be a cool mom!

4) Beri Hadiah 
Yang paling best boleh belikan diorang underwear yang comel-comel. Contoh kalau anak korang minat cartoon, beli la underwear yang ada gambar cartoon. If minat haiwan,carik jugak at least 1 helai pun jadi yang menepati citarasa mereka.

5) Set Masa/ Jadual
Aku tak buat jadual pun, just mula-mula memang akan kerap tanya 

 "adik nak kencing ke?" 

Sampai kadang-kadang Adhwa rasa stress dan nak marah..hehe, sebab dia tak nak kencing pun time aku duk tanya-tanya tu. Aku dua-dua anak lelaki, so kalau anak lelaki ni aku perasan bila diorang duk pegang-pegang bird2 tu kompem nak kencing la tuuu..kadang diorang tak biasa sebab rasa "bebas" kot tak pakai diapers.

6) Temankan Anak-Anak
Dua-dua takut jatuh dalam lubang tandas,haha..memang lawak. Baik Adam mahupun Adhwa, dua-dua suruh ibu teman dan pegang tangan tiap kali nk membuang. Ibu pun hadap jela..bau yang best tu sekali sampai diorang sudah.

Kalau betol-betol istiqomah nak ajar anak untuk potty train, Inshaallah..tak sampai sebulan pun akan berjaya. Izinkan aku share pengalaman yang tak seberapa ni, baru anak 2. Kalu korang rasa nak ikut, ikut la..masing-masing ada cara tersendiri kan? 

Thank you sudi jenguk sini taw. Bye~

20 Mar 2017

MAT SIPUT

Assalamualaikum w.b.t~

Throwback cerita hari jumaat baru ni (weekend for orang ganu/pantai timur)


"arini cuti ke bu?"

"ye...cuti"

Sengeh je manjang bila cuti...sebab ibu tak hantar ke rumah babysitter.Tapi bila ibu cakap ibu kerja, maka drama air mata akan bermula..yang paling tak best adalah Adhwa akan bergayut kat kaki ibu sampai sudahhh!hahaha

Nak belit shawl pun serabut..hehe, senget-benget jadinya!

Adam dah cool sikit sebab dah besar, 5 tahun dan sekolah pun sampai pukul 12.30pm je. Lepas tu..toki ambil dan bawa balik rumah tok dan toki, boleh main-main or ikut gi kebun (hitam legam dah anak ibu) T_T. 

So, pagi jumaat baru ni dua-dua bangun awal. Sebab TV kat rumah dah 2 minggu rosak! (nanti aku update kat sini pasal tv tu). So, masing-masing tidur awal dan bangun awal..ermm, bagus jugak sebenarnya kan?

Tengah duk syok kacau mee goreng, Adam dan Adhwa datang berlari-lari sambil bawa sesuatu kat tangan masing-masing.

"ibu, cer buka...abang nak main"

"dekwa pun nak main gop"

Dalam hati:

"Ehh..jumpa pulak playdoh ni, kemain ibu simpan" 

"aishhh..nak bagi main ke tak?"

Sebab bangzam memang tak gemar kalau budak-budak ni main playdoh..nanti melekat kat lantai.

"Okay-okay, jap lagi kite main same2 ye"

Ahhh..sudah,huhu...biarlah..hari cuti je boleh spend time dengan anak-anak kan? Rumah kotor or sepah, boleh kemas balik..hehe. So, ni aktiviti kami 3 beranak.

COMEL TAK???

4 ekor siput & sejambak bunga ros

Mat siput
Adam suruh ibu buat ikan paus..ermm..ke ikan jerung ni?
Playdoh ni bagus untuk anak-anak supaya be creative and easy to shape. Tapi rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 1 atau 2 tahun..sebab warnanya amat menarik perhatian..bau pun boleh tahan wangi..sekali pandang rasa macam nak makan jek!hehe



Itu je...just nak share aktiviti kami waktu cuti. Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti yang best boleh kita buat kat rumah dengan anak-anak, tak perlu pergi jauh-jauh pun..bercuti kat rumah je pun boleh jadi bestttt..if pandai luangkan masa dengan anak-anak.

Moh sama-sama jadikan waktu cuti sekolah ni sebagai peluang untuk kita lebih kenal anak-anak kita. Yela kan, kalau hari kerja, turun pagi..petang or malam baru balik. Itu pun kalau anak-anak belum tidur..kalau dah tidur??

Okay, thanks sudi singgah kat my belog!

19 Mar 2017

MY BIG WHY

Assalamualaikum w.b.t~

Dulu dah insaf nak update belog tiap-tiap hari,kiki. Tapi takkk jadi jugak..haha. 

If korang ada follow fb or ig aku, mesti korang tahu yang aku sekarang dah berjinak-jinak dengan bisnes shaklee

To tell you the truth,

AKU MALUUUUUUUUUUUU! 

SEBAB?

Aku tak biasa nak jual-jual kat fb or ig ni..or even offline. 

Dulu pernah jual shawl..haha, tu pun sekerat jalan sebab tak sempat dan jahit sendiri.
(ehem..aku memang pandai menjahit..siki-sikit jela, ilmu turun-temurun daripada mok aku)

So, kenapa pilih nak bisnes shaklee?

Adam & Adhwa
~Aku nak berhenti kerja awal sebab nak jaga sendiri Adam & Adhwa 
~Nak tengok diorang membesar depan mata tiap-tiap hari
~Sedih tengok diorang tiap-tiap pagi nanges xnak gi rumah babysitter 

My family
~Nak cari side income untuk bantu bangzam a.k.a MR ALM 
~Nak bagi duit lebih kat mok & pok
~Nak tolong MIL & FIL hidup lebih sihat 
(My MIL sekarang bedridden because of stroke and FIL dah tak boleh jalan years ago because of diabetes)
~Pendek kata nak hidup senang dan dapat bantu ahli keluarga yang lain..Ameen.

Yakin dengan SHAKLEE
Aku dah lama consume shaklee, so yakin sikit nak promote sebab dah tahu kebaikannya untuk diri sendiri

2012-Lahirkan Adam ambil Set Berpantang Shaklee
2014-Pregnantkan Adhwa ambil Set Hamil & Set Berpantang Shaklee

Setakat ni tu je Big Why aku kenapa nak buat buat bisnes Shaklee, next time tambah lagi kalau ada yang terlupa..hehe

#bisneswithwng #retireyoungretirerich

TQ sudi baca..Bye~
*Pssst...kalau nak try consume supplement or any product of shaklee, boleh roger2 hokay!