30 Nov 2016

Terjebak~

Assalamualaikum w.b.t~

I'm back!cewah..haha..sibuk amat sekarang sebab kena buat 2 kerja, kalau dulu boleh lepak sambil buat kerja dan layan cerita korea..hehe. Sekarang? rasa macam semput je.

Okay, nak share pasal aku terjebak dengan adik aku. Memang dah lama niat nak tukar spek mata baru sebab yang lama dah calar-balar (betul ke kosa kata ni). So, suatu petang adik aku ajak pergi jalan-jalan kat mall, sambil Adam dan Adhwa duk meraung tarik baju aku..motif nak ajak ibu ke kedai mainan.Parah budak-budak ni.Haishhh~

Seller kedai spek mata tu cakap sekarang tengah sale dan kalau beli untuk 2 orang, boleh bagi diskaun lagi. Adik aku laju je pilih design yang dia berkenan. Aku pulak sibuk bersilat dengan Adam dan Adhwa. So, dalam keadaan yang tak berapa nak waras, aku pilih spek mata yang lebih kurang sama dengan adik aku, jenis frame bulat.


Sebab aku tengok adik aku pakai okay je, tapi bila aku pakai cenggini jadinya!hahaha. Malu-malu kucing gak la bila nak pakai spek baru ni gi kerja, sebab sebelum ni biasa pakai frame petak. 

Zam cakap macam orang tua je..haipp!berani dia cakap bini dia camtu ek, tak sedar ke yang I lebih muda 7 tahun~~**sambil flip shawl

Okay,bye~

13 Nov 2016

Rindu Anak!

Assalamualaikum w.b.t~

Jam 21.47, Cheras
Mata enggan lelap
Otak ligat berfikir
Teringatkan anak-anak

Sebak...
"Ibu balik laa.. abg sayang ibu"
Abang...ibu sayang kamu
Tunggu ibu pulang

Pedih...
Terdengar esakan tangis
Tersedu-sedan memangil
"Ibu...ibu..ibu..."

Damai seketika...
Suara comel sayup-sayup dihujung talian
Arghh...adik...ibu rindu!
Sesungguhnya kamu belum mengerti

Abang...
Adik...
Maafkan ibu...
Tunggu ibu pulang sayang

[Proudmom]

9 Nov 2016

Resepi: Roti Bakar Cheese Hangit!

Assalamualaikum w.b.t~

Walaupun roti bakarku hangit gara-gara berebut sudip dengan Adam & Adhwa, aku nak share juga resepi roti bakar cheese meleleh ni. Rupa je teruk, tapi rasanya sedapppp!hehehe...


Bahan-Bahan:
Roti Gardenia (pakai roti cap lain pun boleh ye)
Cheese (tak kisah nak guna cheese papepun)
Telur
Daging lembu kisar
Cendawan butang dicincang halus (fresh atau dalam tin)
Planta/Buttercup/Marjerin
Tomato dipotong dadu
Bawang putih dicincang halus
Mix herb
Garam
Gula
Sos Tomato
Perasa
Serbuk lada hitam

Cara-Cara Untuk Buat Inti:
1-Tumis bawang putih dengan planta sehingga garing
2-Masukkan cendawan yang telah dicincang halus 
3-Masukkan daging lembu kisar
4-Masukkan mix herb, serbuk lada hitam,gula,garam dan perasa
5-Masukkan sos tomato (1 senduk) dan masak sehingga sebati

Cara-Cara Untuk Bakar Roti:
1-Sapukan planta disekeliling bekas untuk membakar roti (aku guna pemanggang ajaib je)
2-Aturkan roti gardenia didalam bekas/loyang/pemanggang 
3-Letakkan inti yang telah siap tadi ke atas lapisan roti tersebut
4-Letakkan hirisan tomato
5-Pecahkan 3-4 biji telur ke atas roti tersebut
6-Taburkan cheese sebanyak mana yang korang suka & mix herb
7-Bakar dalam 15-20 minit atau bila korang rasa dah masak, boleh la makan.


Selamat Mencuba!Babai~

6 Nov 2016

Majlis Penghargaan Kanak-Kanak 4 Tahun Taska Permata Keluarga Marang (TPKM)

Assalamualaikum w.b.t

Majlis ni dah lama berlangsung, 21 Oktober 2016 haritu..tapi baru nak up kat sini untuk buat kenangan bila tua nanti. Harap Adam dan Adhwa baca blog ibu ni bila dah besar nanti ye =). Ni kira majlis graduasi untuk Adam dan kawan-kawannya yang berumur 4 tahun, final year kat Taska la ni..hehe. 

Sebagai seorang ibu, rasa bangga sangat bila tengok Adam naik pentas terima hadiah dan buat persembahan dengan kawan-kawan. Korang yang ada anak pun mesti pernah rasa heaven gila bila anak boleh cakap atau sebut "mamama" or "papapa". Apatah lagi bila dengar anak boleh hafaz surah-surah lazim. Sungguh, aku cuba untuk menjadi ibu yang terbaik, tapi masa bersama anak-anak amatlah limited kerana urusan kerja. Keluar pagi, balik petang..pukul 9.30 malam/10.00 malam anak-anak dah masuk tidur. Syukur dan amat berterima kasih kepada guru-guru di TPKM yang sudi mengasuh dan mengajar Adam ABC, 123, mengaji..berdikari.

TERIMA KASIH CIKGU!

"Maka Nikmat Tuhan Mu Yang Manakah yang Kau Dustakan"?
(Ar-Rahman)

Nik, Adam, Abg Am & Amar

Adam malu sebab ada gegirl kiri kanan..hehe


Kalah jubah ibu time konvo UiTM..haha


Adam muka Blur tak sudahhh..haha

Ibu tersengih je tengok Adam buat persembahan..ohsem!
(walaupun tak ikut gerak tari...bhahhahaha)

Kepada ibu-ibu diluar sana, KAGUMLAH dengan anak-anak anda walaupun orang cakap:

"ekeleh..itu pun nak share ke? itu pun nak tunjuk ke?"

JAWAPANNYA:

Ada aku kesah?haha...selagi korang yang bukan jenis suka membandingkan anak korang dengan anak member korang =)

Thanks sudi baca~(^_^)
Bye!


3 Nov 2016

Dosa Takhbib-Perosak Rumah Tangga Orang Lain


Assalamualaikum w.b.t~

Apa itu Dosa Takhbib? Jom sama-sama baca, faham dan JANGAN menjadi penyebab penceraian rumah tangga orang lain!. -terEMO pulak..hehe.

*********************************************************************************
Diantara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kita adalah Dosa Takhbib. Menjadi penyebab penceraian dan kerosakan rumah tangga. Kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya.

Makna Takhbib

Dalam Syarah Sunan Abu Daud Azim Abadi (w. 1329 H) menjelaskan, takhbib secara bahasa ertinya menipu dan merosak. Dengan menyebut-nyebut keburukkan suami di hadapan isterinya atau kebaikan lelaki lain di depan wanita itu. (Aunul Ma’bud, 6/159).

مَنْ خَبَّب زوجة امرئ أي خدعها وأفسدها أو حسن إليها الطلاق ليتزوجها أو يزوجها لغيره أو غير ذلك

"Siapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang, maknanya adalah siapa yang menipu wanita itu, merosak keluarganya atau memotivasinya agar cerai dengan suaminya, agar dia boleh menikah dengannya atau menikah dengan lelaki lain atau cara yang lainnya". (Aunul Ma’bud, 14/52).

Ad-Dzahabi mendefinisikan takhbib:

إفساد قلب المرأة على زوجها

"Merosak hati wanita terhadap suaminya." (al-Kabair, hal. 209).

Dalam Fatwa Islam, usaha memisahkan wanita dari suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi si wanita untuk menuntut cerai dari suaminya. Yang juga termasuk takhbib adalah ketika seseorang memberikan perhatian, simpati, menjadi teman chatting terhadap wanita yang sedang ada masalah dengan keluarganya.

وإفساد الزوجة على زوجها ليس فقط بأن تطلب منها الطلاق ، بل إن محاولة ملامسة العواطف والمشاعر ، والتسبب في تعليقها بك أعظم إفساد ، وأشنع مسعى يمكن أن يسعى به بين الناس .

"Merosak hubungan isteri dengan suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi dia untuk menggugat cerai. Bahkan semata upaya memberikan simpati, belas kasihan, berbagi rasa, dan segala sebab yang membuat si wanita menjadi jatuh cinta kepadamu, merupakan bentuk merosak (keluarga) yang serius, dan usaha paling licik yang mungkin boleh dilakukan seseorang." (Fatwa Islam, no. 84849)

*********************************************************************************
Haa...dah faham apa itu Dosa Takhbib? Meh nak tambah sikit, kalau dah tahu lelaki yang kau suka tu dah berkahwin, ada anak ke, takde anak ke...
JANGAN TERUSKAN HUBUNGAN ITU...

Kalau rasa nak marah time tengah berdiri, sila DUDUK..Kalau rasa nak marah tengah duduk, sila BARING...Istighfar banyak-banyak..terima kenyataan yang lelaki yang kau suka tu dah berpunya, jangan sesekali rasa DENDAM dan cuba nak runtuhkan rumah tangga mereka.

MARAH LAGI?

Cepat-cepat pergi bilik air ambil wudhuk dan solat sunat taubat ke, solat sunat istikharah ke minta dijodohkan dengan lelaki bujang, bukan laki orang...hehe.

Moga Allah S.W.T memelihara rumah tangga kita kepada yang dah berkahwin..moga bahagia till Jannah. Kepada yang bujang, moga Allah S.W.T menemukan korang dengan lelaki yang baik-baik...Ameen.

Thanks sudi baca entry ni, tajuk heavy sikit arini sebab nak bagi semangat kepada kawan-kawan yang pernah atau sedang ada masalah yang berkaitan =). Okay, bye!


2 Nov 2016

Epik High (ft. Lee Hi)- Can You Hear My Heart (Scarlet Heart:Ryeo OST)

Assalamualaikum w.b.t~

Siapa layan cerita korean drama-Scarlet Heart mesti tahu lagu ni kan?hehe..suka sangat dengar irama lagu ni..lagi-lagi time Lee Hi nyanyi tu. Saja simpan kat sini sebab cerita Scarlet Heart dah Tamat! 

(T_T)

So, jom layan sama-sama ye!=)


************************************************************************************
Are you listening?
To my voice, to this confession for you?
Are you listening right now?
Can you hear my heart?
Like the rain drops falling on the window
You enter my heart
i need u i need u i i miss u 
I saved my words in order to forget you
I tell myself that I really forgot
But in the end, I’m talking about you
But I need to forget that I’m trying to forget you
In order to really forget you
you gotta give me time,
I ain’t perfect
but I’m tryin’ to
erase you perfectly.
We came too far to turn things back
But when I look back, you’re always right behind me
I know 
I don’t think I can erase
Because the memories were too perfect
For the imperfect me
But I try again
It’s so much harder to fall out of love
Than to fall in love
you make me live and die again
I’m not alive without you.
I’m not alive without you.
You know I’d die without you.
Don’t forget
Are you listening?
To my voice, to this confession for you?
Are you listening right now?
Can you hear my heart?
Like the rain drops falling on the window
You enter my heart
i need u i need u i i miss u
Like a summer night shower, it falls
It’ll come again, the shower of memories
I think you need an umbrella
I’m really worried
I can see out the window
The rash lights of the cars, busily going somewhere
Though you already know my final destination
Even if you don’t ask
All of you that was always in my hands
It transparently smears and my eyes get blurry with tears
When I look back, I’m in the same place
My heart is always heavy
The footsteps of my breakup are slow
If I can’t turn things around
I know one way would be to accept it but
I’m standing here
I’m still standing here
Are you listening?
To my voice, to this confession for you?
Are you listening right now?
Can you hear my heart?
Like the rain drops falling on the window
You enter my heart
i need u i need u i i miss u 
Don’t forget me ever.
Never ever
Don’t forget me ever.
Never ever
Never ever girl
Don’t forget me ever.
Never ever
Don’t forget me ever.
Never ever
Me

1 Nov 2016

Nasib Si Rakyat Marhaen-Minyak Masak Aku Pun Kau Nak Kacau?

Assalamualaikum w.b.t~

Aku jarang nak ambil tahu alkisah dunia politik atau seangkatan dengannya. Aku tak kisah pun selama ini harga minyak kereta duk turun naik..apatah lagi harga tol, memang tak kisah langsung.

Tapi sekarang minyak masak pun kau nak kacau?

Aihhhh..ni dah kes parah, boleh buat para isteri mogok tak masak sebulan!hehehe...


Sedih bila duk fikir apalah nasib anak-anak aku nanti ye? yela..zaman sekarang pun semua benda MAHAL..semua benda nak NAIK...hujan je asyik turun..hehe 
(sekarang terengganu dah nak masuk musim tengkujuh)
Alhamdulillah, moga Allah turunkan hujan rahmat ke atas bumi kita.Ameen.