27 Sept 2016

Drama Korea yang Best 2016

Assalamualaikum w.b.t~

Siapa suka tengok drama korea?. Just nak share drama korea yang best untuk dilayan tahun 2016 nih. Most of it dah tamat on air kat TV, so korang boleh tengok kat kissasian.com atau mana-mana free online websites yang best. Enjoy!

1. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Sekarang tengah addicted dengan drama ni. Tiap-tiap minggu mesti tengok, dah siap record awal-awal kat channel 393 Astro. Hanya boleh layan malam-malam, time Adam dan Adhwa dah masuk tidur...kalau tak,diorang asyik nak tengok cerita The Good Dinosaur (T_T)

2. Love in the Moonlight


Aku jenis yang suka layan korean drama yang story-line berkisar zaman dahulu kala, yang jenis Dinasti tu...Goryeo, Joseon. Tak pernah tengok hero dan heroin yang super cute macam Park Bo-Gum dan Kim Yoo-Jung nih..hehe.

3. Uncontrollably Fond


Aku suka layan cerita ni sebab Kim Woo-Bin!haha..memang adore sejak drama School & The Heir. Suka tengok muka Woo-Bin ni sebab 100% muka lelaki!tak macam artis k-pop yang lain..kebanyakkan dah macam muka perempuan..euwww~. 

4. W-Two Worlds 


Okay, drama W ni memang rare!sebab jalan ceritanya berkisar tentang kehidupan didalam webtoon..pelik tapi best sebab hero comel..haha. Lee Jong-Suk ni kira best-friend dengan Woo-Bin. Dua-dua good looking dan pandai berlakon. 

5. Doctors


Ermmm..drama ni mula-mula je best, last-last dah bosan dengan watak Park Shin-Hye. Terlampau bosan...sampai tak tengok pun last episode..hehe.

Last but not least!

Yang ni kira wajib tengok (^_^)


Psssttt...If korang tahu drama korea yang best-best lagi boleh lah share ye. Thanks sudi baca entry ni. Happy Watching Korean Drama gaisss~

25 Sept 2016

Anak Lelaki


Assalamualaikum w.b.t~

Aku memang tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas langsung akan dapat anak sulong dan anak ke-2 lelaki!haha..dulu konon berangan nak anak sulong lelaki dan yang ke-2 perempuan. Alhamdulillah, hasrat nak anak sulong lelaki tu tercapai (Adam). Tup-tup anak ke-2 pun lelaki! (Adhwa). Syukur, bukan tak bersyukur....just dulu kononnya kalau anak ke-2 perempuan bolehlah bersara, hehe. Lepas tu boleh pakaikan dress yang comel-comel!!!!waaaaaa.....berangan gilerr~haha. 

Agak kelam-kabut juga dulu nak handle Adam dan Adhwa, ko bayangkanlah tahap keaktifan mereka berdua acane. Kalau kemas rumah tu, tak sampai 5 minit ko tinggal, memang confirm jadi macam "tongkang pecah" balik. 

TAPI BEST TAW ADA 2 ORANG ANAK LELAKI YANG JARAK UMUR DEKAT

KENAPA?

Sebab boleh pakaikan mereka baju yang sama!haa..macam kembar gitu..huhu, aku suke~~

Aku suka pakaikan Adam dan Adhwa dengan baju, seluar, kasut/selipar yang sama corak atau warna. Nampak macam kembar sebab Adhwa jenis yang tinggi walaupun umur baru 2 tahun 4 bulan, tapi nampak macam 3-4 tahun dah, nampak sebaya dengan Adam. 

Sekarang Adam dah pandai nak pilih pakaian sendiri (anak teruna ibu dah besar!!!). Taknak dah matching dengan Adhwa, nak pilih sendiri walaupun kadang-kadang warnanya tak matching lansung. Lagi parah asyik nak pakai jeans je, tak kira siang atau malam. 

Kalau bab bergaduh, memang pakar budak dua orang ni. Kadang-kadang tak tahu nak marah kat siapa dulu. Adam kuat mengusik...tapi bila Adhwa balas balik, Adam akan menangis tak ingat dunia!. Adhwa jenis yang cool..nanges pun jap je.

Harap Adam dan Adhwa akan jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Hope diorang akan take care of each other bila dah besar nanti.

Feeling older~(T_T)
Thanks sudi baca, dah lama tak hapdet blog..krik..krik..krik, okay bye!

6 Sept 2016

Trip ke Pulau kapas

Assalamualaikum~

Siapa pernah ke Pulau Kapas? Aku first time pergi cuti Merdeka haritu.

Selama hidup 28 tahun ni, first time jejak kaki ke Pulau Kapas, walha aku asal dan tinggal di Marang, Terengganu. Kalau nak kira, tak sampai 10 minit jarak rumah aku ke jeti Pulau Kapas..hehe.

Mula-mula cuak juga nak naik bot! aku jenis yang cepat pening..naik kereta pun boleh pening if tak drive sendiri,hehe...tapi aku buat-buat cool je depan adik-adik dan mak ayah aku. So, kami decided nak pergi balik hari je..sebab kalau tidur kat sana pun tak tahu nak buat aktiviti apa malam-malam dengan Adam dan Adhwa. 

**Sebenarnya takut Adhwa atau Adam nanges tidur kat sana, diorang jenis yang susah nak tidur kalau beralih tempat tidur, nak kena bancuh susu Adhwa lagi, macam susah je kan?haha**

Mr.ALM pilih nak naik bot "Mak Cik Gemuk" sebab sepupu dia yang bawa bot tu, kira yakin sikitlah nak naik. Harga tambang bot seperti berikut (pergi & balik):

Dewasa: RM30
Kanak-Kanak: RM15 (<5 tahun FREE!)
**psstttt..aku dapat diskaun Rm10 sebab sepupu..haha**

Kalau korang nak tahu packages atau activities yang ditawarkan, korang boleh click link kat bawah ni:

Dulu resort ni diberi nama Mak Cik Gemok Resort, sekarang dah tukar nama kepada Ombak Kapas Resort. Aku suggest resort ni sebab pada pandangan mata kasar aku selama seharian di Pulau Kapas, resort ni nampak paling bersih dan baru..hehe, macam selesa je walaupun aku tak tengok biliknya. Cafe resort ni sangat simple dan cantik, view betol-betol depan pantai yang membiru~~fuhh..memang layanlah kalau korang jenis yang suka berendam.

So, kalau korang nak ke Pualu Kapas, boleh roger aku...kot dapat diskaun harga tambang bot. Nah, aku belanja gambar-gambar yang aku snap. No filter taw, aku guna Lenovo tab je, memang cantik sangat view kat sana, air jernih amat!!!boleh nampak ikan dan terumbu karang.

Kami naik bot ni, memang best..sebab tak pening!hehe..dalam 10minit je dah sampai kat pulau. Sepupu aku cakap kalau air laut pasang, memang cepat nak sampai sebab air laut dalam, bawa bot layannn~ je. Bot paling awal untuk ke pulau pukul 9.00 pagi, paling lewat pukul 4-4.30 petang. 
Tu jeti kat Pulau Kapas, jeti ni terletak di tengah-tengah..korang boleh pilih nak mandi kat area mana, kiri atau kanan. Kami pilih area sebelah kiri jeti sebab kat situ redup je, tak panas.
Cantik giler air laut kat Pulau Kapas ni, jernih dan sejuk. 
Pasir putih bersih dan halus amat kalau nak compare dengan pasir kat tepi laut biasa
Sampai-sampai je, toki terus pasang umpan untuk Adam dan Adhwa, aku tak sure samada boleh ke tak mancing kat sini, tapi ayah aku cool je baling tali kail..hehe
Adhwa tak sabar nak main air.
Misi memancing dengan toki
Misi mencari ketam dan ikan kat celah-celah batu.
Brotherhood~
Abam Adam
Abam Adam lagi~
Suka sangat main air!
Ehem..tumpang lalu jap =)
Budak kacamata hitam..hehe
Ni nak mandi ke nak amik gambar?
Hasil tangkapan!
Buah nyior pun boleh~
Mr.ALM
Ni berenang ke merangkak abam oi
Tak kisahlah bu, asal nampak macam berenang..haha
Tak habis-habis cari ikan 
Main pasir pulak~
Izinkan kami bergambar ye..hehe
Acah-acah suwittt~
Harap korang tak termuntah tengok gambar-gambar kami...hehe. 

Okay, bye!

*Terima kasih sebab sudi baca*
(^-^)

4 Sept 2016

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi! Alhamdulillah...masih diberikan peluang untuk hidup di bumi yang penuh cabaran dan dugaan ini. Pagi ni nak share cara-cara Solat Sunat Dhuha, moga menjadi kunci rezeki, kejayaan dan ketenangan kita.


Solat Sunat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Sunat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
"Telah bersabda  Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan"

1. Lafaz Niat Solat Dhuha:
"Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"


Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah Al-Shams pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua surah Ad-Dhuha.

2. Doa Solat Dhuha:

Ya Allah 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu
Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha

KecantikanMu, keindahanMu
KekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala

Yang engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Nota Tangan: Kalau nak senang hafal doa ni, baca macam kumpulan UNIC nasyid tu...ha, kompem cepat ingat. Moga bermanfaat!


Sumber: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Oh My Ganu!

Assalamualaikum w.b.t~

Just untuk hilangkan stress, tapi aku rasa kalau orang luar daripada Terengganu baca makin stress kot nak faham resume ni..haha~

Rare Zoo May:
*(Resume :)*

Name: mamat butir nakke

Agame: Islang
Pat Kali Doh Katang Qurang Beso. Joh Ama Dok Dang Abih Sebak Tok Kite Suruh Bace Qurang Beso Lallu..

Tareh Branok: 21 Mah 1987. Lepah Garik

Alamak Rumoh: Nombo Smilang Belah, Kappung Ustak Mak, Lorong Woh Mette, 20100 Bando Kuale Tranung

Nombo Kak Nallang: Lapang Pat Kosong Tige Dua Satu - Sebelah - Lime Lime Tujoh Smilang

Nombo Leppung: Kosong Satu Dua - Tige Pat Lime Nang Tujoh Lapang Smilang

Statuh: Dok Nikoh Agi. Awek Pong Takdok Agi. Rezak Nguh Adok Orang Nok

Hobi: Takak Ikang Skila, Igak Rame Rame

Warne Kegemorang: Meroh Nyale, Puteh Leppuk

Binatang Kegemorang: Kambeng, Kuba, Berok, Arnak

Makanang Kegemorang: Laksang,Tupak Wahi Gok, Nasik Dagang Wahi Kalli

Minumang Kegemorang: Air Tea O Peng, Milo Peng, Air Sirak Minung Taing Gi Rumoh Orang Nikoh

Buoh Kegemorang: Woh Mette, Woh Sto

Tahak Pelajorang: Kolloh Dang Abih Tikatang Pat Je, Pahtu Yer Mari Malah Bacce

Kemahirang: Nukkang Buleh,Masok Buleh,Meseng Rupuk,Kuak Kedaroh Pat Pinggang Buleh Abih

Nyakik: Takdok Nyakik Agi Lening. Sehak Molek

Kepandaiang Bhaser: Bhaser Tranung Pekak 100%, Bhaser Kelelupo Kadang Kadang Saloh Haboh, Bhaser Enggereh Jeng Teruh

Kelebihang Diri: Baik Nge Orang Tua, Hormak Budok Budok, Juruh Molek, Dok Ajing Lebong, Gagoh, Katang

Rujukang: Pok Mang JKKK, Pok Leh Surra Kappung, Mok Lah Goreng Pisang


*kalau faham hebakkk ah korang*

(T_T)

Sumber: Group whatsapp family (ayoh teh)