21 Apr 2016

Resepi: Grilled Chicken with Lemon & Mix Herbs

Assalamualaikum!
Hari ni nak cerita sikit pasal menu ringkas yang aku buat untuk makan malam kami 4 beranak...jimat hidang dalam satu pinggan je..hehe. Ceritanya tak tahu nak masak apa, tapi duk tengok post kt fb ramai yang duk share pasal resepi "grilled chicken with lemon + mix herbs"... duk tengok2 resepi tu macam menarik je..macam best je..hehe...Maka terhasil resepi aku sendiri ni..cukup ringkas dan padat. Kalau ada yang sudi nak try buat,boleh2...sila2...jangan malu jangan segan..

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam (kalau rase xcukup,boleh buat seekor ayam)
1 biji lemon
1 biji bawang besar/Holland
1/2 biji bawang putih (ikut citarasa)
1 mix herbs (kt giant or mydin pn ade)
Buttercup/marjerin/planta
Lada hitam
Garam
Sayur-sayuran (just ada carrot je dalam peti ais, so guna tu je...boleh tambah dengan ubi kentang)

Cara-cara:

1) gaul dada ayam/ayam seekor dengan garam,lada hitam, mix herbs dan perah lemon...gaul2 sampai sebati...boleh urut2 sikit untuk serapan yang lebih mendalam...sebab aku tak sempat nak perap dalam peti ais.

2) potong 1 biji bawang besar dan susun dalam pemanggang ajaib/bekas untuk bakar (aku guna pemanggang ajaib je), lepas tu letak dada ayam tadi atas susunan bawang tersebut, potong sedikit buttercup/marjerin dan letak atas ayam tu.

3) masukkan sekali sayur-sayuran yang ada (gaul dengan mix herb + garam jugak sebagai perasa)

4) potong lemon dan susun atas dada ayam tu...bakar lah sampai masak (aku tak reti nak agak masa, so rajin2 lah check ayam tu ye..hehe)

Selamat mencuba!!!!

13 Apr 2016

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Assalamualaikum~

Aku tak tahu macam mana orang lain boleh consistent tulis blog hari-hari...aku???dah berbulan tak jenguk blog ni..hahaha..

Minggu lepas join trip tempat kerja Mr ALM ke Kenyir Elephant Conservation Village..

Dah lama tak bersenam..memang best dapat keluarkan peluh dan bakar lemak2 yang dah lama diternak..hehe